web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasat, Ambil Tindakan Segera Banteras Ajaran 'Si Hulk' - Wan Mohd Salim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 10:21PM

Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -- Pihak berkuasa agama Islam diminta mengambil tindakan segera terhadap beberapa lelaki dan wanita, dipercayai daripada sebuah keluarga, yang mengisytiharkan kepercayaan karut mereka bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan mereka dalam video yang tular di media sosial jelas menunjukkan satu lagi ajaran sesat dan ia perlu dilurus serta dibendung supaya tidak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

"Siasatan perlu dijalankan segera bagi mengenal pasti individu-individu itu untuk diminta bertaubat dan jika mereka berdegil untuk terus berpegang dengan kesesatan tersebut maka mereka perlulah dihadapkan ke Mahkamah Syariah serta dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tujuan sebenar di sebalik tindakan itu tidak dapat dikenal pasti namun tidak diragui lagi bahawa kepercayaan sedemikian adalah satu lagi ajaran sesat.

''Kita sedia maklum bahawa di dalam ajaran Islam, Nabi Muhammad adalah seorang Rasul yang diutuskan Allah untuk menyampaikan agama-Nya kepada seluruh manusia,'' katanya. -- BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran