web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan Interim RM300 Juta Untuk Sabah, Sarawak DIlaksana Secepat Mungkin - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:53AM

Fadillah Yusof - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Peruntukan interim masing-masing berjumlah RM300 juta kepada Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan secepat mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Bil 1/2023, di sini semalam, Fadillah berkata ia adalah sepertimana diperuntukkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan MA63.

Perkara 112D merujuk kepada kajian semula pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

“Berhubung peruntukan di bawah Perlembagaan (Persekutuan) di mana kedua-dua kerajaan Sabah dan Sarawak selepas perbincangan, dipersetujui bahawa peruntukan interim sebanyak RM300 juta (untuk setiap) negeri berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Sekarang ini apa yang diperlukan sudah pasti adalah dari segi pentadbiran dan hari ini dipersetujui beberapa kaedah untuk digazetkan. RM300 juta itu akan diperuntukkan secepat mungkin sebaik sahaja gazet berhubung perkara ini dapat dibuat oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata satu jawatankuasa turut dibentuk untuk memastikan formula pengagihan peruntukan dimuktamadkan dalam tempoh setahun.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan jumlah pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan dan prinsip pemberian tersebut diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan kedua-dua negeri lebih mundur semasa pembentukan Malaysia. 

Menurut Anwar lagi, di bawah MA63, peruntukan khas 112D menetapkan peruntukan munasabah kepada Sarawak dan Sabah yang mula diberi masing-masing pada kadar RM16 juta dan RM26 juta, dan harus dikaji setiap lima tahun namun perkara itu tidak berlaku. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam