web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Terima 2 Laporan Kematian Kanak-Kanak Di HTAR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 12:00PM

Hussein Omar Khan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis berkenaan diterima masing-masing daripada pihak hospital dan bapa mangsa dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Siasatan mendapati mangsa seorang kanak-kanak warga tempatan berumur 10 tahun dibawa oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan di HTAR dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Kejadian itu juga tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

"Siasatan terperinci, menyeluruh, adil dan saksama akan dijalankan terhadap aduan kedua-dua pihak iaitu hospital dan penjaga. Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Hussein turut menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Natalie Anak Allin di talian 03-55145222 atau 019-6422985. 

Semalam, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi menerusi kenyataan memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan baru-baru ini. -- BERNAMA 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi