web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan SAR Terus Komited Kesan Mangsa Tragedi Kepala Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 12:08PM

Dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas di sini, terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa dengan masih memfokus pencarian di Sektor A dan Sektor B, hari ini. 

Dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Zon A merangkumi kawasan lokasi kejadian iaitu dari Menara Sapura ke jambatan Kampung Teladas, manakala, Zon B bermula dari belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Putih menghala ke ladang di Pos Kawalan Hadapan (PKH) sehingga ke kawasan perangkap sampah Sungai Pinang.

Seramai 219 anggota terlibat dalam operasi di hari keenam hari ini, membabitkan pelbagai agensi penyelamat yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menggunakan anjing pengesan K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Setakat ini lapan orang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih pada Sabtu lepas, manakala dua lagi masih hilang.

Jenazah lapan mangsa itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pada Selasa dan Rabu lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar