web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Beri Keutamaan Kenaikan Gaji Pegawai Rendah Polis - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 9:24AM

Razarudin Husain berkata pegawai muda PDRM yang cemerlang, akan dinaikkan pangkat ke jawatan tertinggi bagi menerajui pasukan keselamatan itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gaji dan keperluan pegawai rendah polis akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan lagi integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata gaji yang diperoleh pegawai rendah polis adalah kecil dan tidak dapat menampung kos sara hidup, terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar.

“Kita melihat perkara ini dan ada juga perbincangan bila kita dapat berbincang dengan pihak KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), kita nyatakan perkara ini untuk dilihat semula, salah satunya adalah perkara melibatkan gaji.

“Sebagai contoh seseorang pegawai rendah polis yang bergaji RM2,500 bertugas di kawasan terpencil seperti Kuala Nerang ia agak banyak (gaji), tetapi apabila dia tinggal (bertugas) di Kuala Lumpur dia menjadi miskin bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan Ketua Polis Negara bersama Ketua Editor agensi media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Razarudin mendedahkan bahawa terdapat pegawai rendah polis yang bertugas seperti di Kuala Lumpur dan Johor terpaksa menyewa bilik bersama orang lain, kerana kos tempat tinggal yang tinggi.

“Mereka (pegawai rendah polis) terpaksa jimat duit dan dalam kalangan mereka ini yang menyertai PDRM bukan terdiri daripada golongan orang kaya, kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana,” katanya.

Sementara itu, Razarudin berkata pegawai muda PDRM yang cemerlang, akan dinaikkan pangkat ke jawatan tertinggi bagi menerajui pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata perkara berkenaan telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, agar pengurusan perjawatan dalam PDRM memilih pegawai muda yang cemerlang untuk diberikan kenaikan pangkat tersebut.

“Perkara ini penting, supaya apabila berpencen tidak ada satu kumpulan berpencen bersama dan sekurang-kurangnya ada kesinambungan (pegawai) lain yang lebih panjang (tempoh berkhidmat), untuk menjadi pemimpin...pemimpin muda inilah yang akan menjadi barisan tertinggi PDRM,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Razarudin berkata keputusan mengetengahkan pegawai muda itu dibuat berikutan berlakunya keadaan apabila terdapat beberapa pengarah yang menerajui jabatan-jabatan PDRM akan berpencen pada tahun yang sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad