web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Syarikat Didenda, Dikenakan Penalti Lebih RM2.4 Juta Gagal Kemuka Penyata Pendapatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 4:28PM

Mengikut pertuduhan, Wong dikehendaki di bawah Seksyen 77A (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam borang C bagi tahun taksiran 2021 hingga 2022 mengenai pendapatan berkenaan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat kitar semula didenda RM18,000 selain dikenakan penalti RM2,437,433 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2021 sehingga 2022, membabitkan cukai pendapatan bernilai lebih RM3.3 juta.

Majistret Nurzihan Abdul Rehman menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Siew Lian, 49, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan wanita itu dipenjara 12 bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Wong dikehendaki di bawah Seksyen 77A (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam borang C bagi tahun taksiran 2021 hingga 2022 mengenai pendapatan berkenaan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Wong didapati gagal mengemukakan penyata tersebut yang mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM1,827,149 juta bagi cukai taksiran 2021 dan RM1,558,176 juta bagi 2022, iaitu dia sepatutnya membayar cukai sebanyak RM 438,515.76 bagi 2021 dan RM373,962.24 (2022).

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan, jika didapati bersalah.

Terdahulu, ibu kepada lima anak itu yang tidak diwakili peguam, merayu denda yang minimum kerana masih menanggung anak yang masih bersekolah, ibu dan ibu mentua yang uzur selain telah membayar cukai pendapatan sebanyak RM60,000 (2021) dan RM60,000 (2022).

Bagaimanapun, pendakwaan yang diwakili Peguam Kanan Hasil LHDN Norhidayah Yasin memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas Wong kerana jumlah cukai yang dibayar Wong iaitu sebanyak RM60,000 (2021) serta RM60,000 (2022) adalah kecil berbanding nilai sepatutnya dibayar sebanyak RM812,478.

Nurzihan kemudiannya memerintahkan Wong membayar denda sebanyak RM18,000 selain membayar penalti RM2,437,433 kepada LHDN secara ansuran bermula tarikh perintah hari ini (5 Julai 2023). - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad