web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Selesai Kes Samun Kurang 9 Jam Di Kota Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 9:46AM

Dalam kejadian itu, mangsa sedang tidur di sebuah bilik di rumahnya apabila suspek bertopeng menceroboh rumah berkenaan dan menyamun mangsa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Polis berjaya menyelesaikan kes samun bersenjatakan parang dalam tempoh sembilan jam selepas menahan seorang suspek lelaki tempatan yang mencederakan seorang wanita berusia-50an di bahagian dagu dan melarikan seutas rantai tangan emas di Felda Ait Tawar 4, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan suspek berusia 30-an di sebuah rumah di kawasan Felda tersebut, kira-kira jam 9 malam, selepas melakukan jenayah itu pada jam 12.40 tengah hari.

“Susulan tangkapan itu, kita menemukan rantai tangan emas yang disamun dan turut merampas senjata parang serta pakaian yang digunakan individu tersebut dalam kejadian berkenaan, sekali gus berjaya menyelesaikan kes ini. 

"Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta turut memiliki dua rekod dadah dan dua rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan, malam ini. 

Beliau berkata lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian itu, mangsa sedang tidur di sebuah bilik di rumahnya apabila suspek bertopeng menceroboh rumah berkenaan dan menyamun mangsa. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dagu akibat terkena libasan parang oleh suspek. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Disyaki Terlibat Samun Bersenjata Dan Menyamar Polis, 4 Lelaki Diberkas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Samun Kedai Runcit Guna Pemadam Api, 2 Suspek Diburu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar