web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mencemuh Tun M Jangan Sampai Lupa Sumbangan Beliau Pada Negara - Zaid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:34PM

Ada kalangan individu yang mencemuh Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menerima manfaat daripada kebaikan dasar dilaksanakan beliau - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja boleh mencemuh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk, namun sumbangannya kepada negara tidak boleh dinafikan.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau tidak akan sumbangan bekas Perdana Menteri itu kepada negara.

Katanya, ada kalangan individu yang mencemuh Dr Mahathir itu pernah menerima manfaat daripada kebaikan dasar dilaksanakan beliau.

“Sumbangan Dr Mahathir kepada negara boleh dilihat dari pelbagai sudut termasuk pendidikan, ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

“Mereka adalah golongan yang tidak bersyukur, tetapi orang Melayu akan mengingatinya. Kita tunggu dan lihat kerana banyak jasa Dr Mahathir ini, termasuk meluaskan aspek pendidikan dan berusaha sedaya upaya untuk mengajak orang Melayu mempelajari Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Zaid menyatakan demikian sebagai mengulas serangan bertali arus terhadap negarawan negara itu mutakhir ini.

Ia tercetus susulan kenyataan mantan Ahli Parlimen Langkawi itu semalam yang mendakwa, amalan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan hanya menekankan Kemelayuan Malaysia.

Mengulas lanjut Zaid berkata, Dr Mahathir juga antara individu yang bertanggungjawab mengembangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) secara besar-besaran dan mengangkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi universiti.

“Beliau membina infrastruktur seperti pelabuhan, jambatan Pulau Pinang, lebuh raya dan Putrajaya dan banyak lagi," katanya.

Jelas beliau, sektor pembuatan dan perindustrian negara telah dimulakan oleh mantan Ahli Parlimen Langkawi itu, dan suara FELDA serta FELCRA tidak akan didengari jika bukan kerana usaha berkenaan.

"Walaupun Dr Mahathir melakukan beberapa kesilapan dalam pentadbiran negara, namun beliau berjaya mencipta banyak kejayaan dan juga kekayaan.

“Okey, dia melakukan kesilapan; dia memusnahkan badan kehakiman, orang lain mengambil kesempatan ke atasnya dan rasuah berleluasa, tetapi dia (juga) mencipta (banyak) kejayaan,” katanya.  - Getaran, 4 Julai 2023

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad