web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Rasuah Di KLIA: SPRM Ambil Keterangan 3 Individu Termasuk Orang Kenamaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 12:00PM

Tindakan itu rentetan SPRM memandang serius dakwaan rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden yang turut melibatkan seorang warga China itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan saksi daripada tiga individu termasuk seorang kenamaan yang terlibat dalam insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Tindakan itu rentetan SPRM memandang serius dakwaan rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden yang turut melibatkan seorang warga China itu.

"Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengesahkan perkara ini," kata sumber SPRM.

Menurut sumber SPRM itu, selain keterangan saksi oleh orang kenamaan, keterangan dua saksi utama warga China juga telah diambil.

Sumber SPRM berkata beberapa pegawai Jabatan Imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, menurut sumber, SPRM juga telah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

"Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit," kata sumber SPRM itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

"Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan berikan masa bagi SPRM untuk melengkapkan siasatan ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kekecohan berlaku di KLIA melibatkan orang kenamaan dikatakan cuba “menyelamatkan” seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan. 

Kejadian berkenaan turut tular menerusi media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu tanpa memohon pas keselamatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad