web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tambah Baik Khidmat JKDM, JIM Di KLIA, PM Jamin Lakukan Siasatan Terperinci 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:01PM

Anwar mengadakan lawatan mengejut ke KLIA hari ini dan mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan untuk memantapkan operasi di pintu masuk negara. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terperinci akan dilakukan bagi membolehkan perkhidmatan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala  (KLIA) ditambah baik.

Memberikan jaminan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan untuk memantapkan operasi di pintu masuk negara.

Menurut beliau, kesempatan mengadakan lawatan mengejut ke KLIA hari ini digunakan sepenuhnya untuk melihat sendiri isu berbangkit.

Dalam tinjauan itu, Anwar melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan di KLIA baru-baru ini.
Dalam tinjauan itu, Anwar melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan di KLIA baru-baru ini.

“Ia termasuk permasalahan sewaktu pengendalian harian, melibatkan pelancong dan warga asing, selain warga tempatan.

“Ada beberapa kerosakan Kastam yang harus kita perbaiki. Umumnya majoriti pekerja dan petugas Imigresen berjalan dengan baik. Cuma ada beberapa masalah, kita adakan siasatan untuk perbaiki atau kalau ada kesilapan, akan diambil tindakan wajar,” katanya.

Anwar mengadakan lawatan mengejut kira-kira 30 minit di KLIA hari ini.
Anwar mengadakan lawatan mengejut kira-kira 30 minit di KLIA hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas lawatan mengejut ke KLIA, sebelum menyertai upacara keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke tanah air dari tanah suci, selepas mengerjakan ibadat haji.

Jelas Anwar, beliau sempat bertegur sapa dan bertanya beberapa soapan kepada anggota serta pegawai bertugas berkenaan operasi harian, baik di kaunter ketibaan atau pelepasan.

“Setakat ini saya lihat memang Imigresen respons sangat baik dan positif.  

“Yang kita harus kenal pasti ialah beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu bawa perubahan, termasuk berdepan dengan beberapa pertuduhan,” katanya.

Mengulas mengenai insiden membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan seorang pelancong China baru-baru ini, Perdana Menteri memberi jaminan, siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

“Perbincangan awal juga akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu nanti.

“Tindakan juga akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelancaran operasi,” katanya.

Beliau menegaskan, tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan senantiasa ditambah baik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak.

Lawatan mengejut Perdana Menteri itu dilakukan sekitar 30 minit tanpa diiringi mana-mana menteri Kabinet atau individu kenamaan.

Ia menyusul kekecohan melibatkan King Sing, beberapa hari lalu yang dikatakan ‘menceroboh’ balai ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan.

King Sing berbuat demikian dipercayai untuk ‘melepaskan’ seorang wanita China yang didakwa ditahan pegawai JIM sebaik tiba di KLIA. 

Insiden terbabit kemudiannya tular di media sosial, sebelum King Sing tampil mengaku beliau ada menteri dimaksudkan. 

Susulan insiden, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, siasatan serta merta sudah digerakkan merangkumi semua aspek berkaitan. - Getaran, 2 Julai 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan