web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Gigih Kerajaan Noktahkan Tuntutan Kumpulan Sulu - Pemimpin Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 9:28PM

Arthur Kurup - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah dalam menangkis tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Pemimpin Sabah melihat keputusan Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda yang menolak permohonan kumpulan Sulu sebagai titik tolak yang penting dalam perjuangan menoktahkan sebarang tuntutan mereka.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Kurup berkata keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan Sulu adalah tidak berasas serta berniat jahat terhadap Sabah dan Malaysia.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata tiada negara berdaulat yang harus terperangkap dengan penyalahgunaan institusi atau proses timbang tara sebagaimana dilakukan oleh lapan individu dalam kumpulan Sulu di beberapa negara Eropah.

"Saya percaya perjuangan dalam mempertahan kedaulatan Sabah bukan perkara yang mudah namun dengan kesepakatan, kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak, kita berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah.

“Kesungguhan kerajaan terutama melalui Sekretariat Khas Sulu perlu diberi sokongan oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik kerana ini melibatkan kedaulatan negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di Belanda.

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata pencapaian itu penting dalam usaha memastikan tiada lagi tuntutan daripada mana-mana pihak melibatkan isu tersebut yang dilayan oleh mana-mana mahkamah atau kerajaan sama ada di Eropah atau negara lain.

"Tuntutan yang dibuat oleh kumpulan kononnya waris Kesultanan Sulu ini telah menghantui rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan perkembangan terbaru ini bukan sahaja membawa rasa lega tetapi juga menekankan bahawa tuntutan mereka adalah tidak berasas,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu juga berkata Warisan berikrar untuk melawan sebarang cubaan mencabul kedaulatan negara selain menyokong penuh usaha yang melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Sabah serta Malaysia.

Bagi Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, kejayaan Malaysia menumpaskan tuntutan kumpulan Sulu itu telah merugikan mereka serta pihak yang menyokong tindakan tersebut terutama daripada segi kewangan.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata bagi menamatkan serta memastikan tiada lagi pihak, kumpulan Sulu atau rakyat Filipina membuat tuntutan ke atas Sabah, kerajaan Malaysia wajar melakukan perbincangan lanjut dengan negara berkenaan untuk menubuhkan sebuah konsulat di Negeri Di Bawah Bayu.

“Dengan menubuhkan sebuah konsulat di Sabah, Filipina akan memberitahu rakyatnya supaya melupakan tuntutan khayalan mereka terhadap Sabah. Sabah tidak pernah dimiliki atau diperintah oleh Sulu atau Filipina pada bila-bila masa dalam sejarah,” katanya. 

Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berkata kemenangan itu membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara selain membuktikan tuntutan tersebut adalah tidak berasas, gagal dan tidak boleh dilayan.

"Kemenangan Malaysia boleh menjadi pengakhir kepada usaha pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merompak dan menggugat kedulatan negara. Kemenangan ini lebih dirasai rakyat Sabah yang dihantui dengan tuntutan ini sehingga ada pihak mendakwa kes ini dipolitikkan dan panas apabila pilihan raya," katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Nelson W Angang pula berkata kemenangan itu adalah satu pengalaman yang mahal untuk Malaysia bagi mengukuhkan usaha mempertahan kedaulatan negara. - Bernama

TAG: Sabah, kumpulan Sulu, timbang tara, undang-undang, pemimpin, the hague

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad