web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unit Udara Bomba Terbangkan Wanita Orang Asli Hamil Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 1:46PM

Proses membawa pesakit memakan masa selama lapan minit dan anak kapal berlepas ke Gua Musang pada 11.12 pagi dari pos Belatim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa keluar seorang wanita Orang Asli yang hamil dari Pos Belatim ke hospital, semalam. 

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata wanita yang hamil tidak cukup bulan, namun dikhuatiri akan bersalin awal itu dibawa menaiki pesawat jenis Agusta Westland (AW189) bersama seorang pengiring. 

Beliau berkata dua petugas kesihatan turut dibawa bersama menaiki penerbangan itu. 

“Kru Bomba AW189 ditugaskan mengambil Norsiah Uda, 21, yang mengalami kontraksi bersalin sejak seminggu lepas ditemani Jenrai Rosli, 21, untuk dibawa keluar bersalin di Hospital Gua Musang. 

“Anak kapal berlepas dari Subang pada 10 pagi dan tiba di Pos Belatim pada 11.04 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Mohd Hasrizal, proses membawa pesakit memakan masa selama lapan minit dan anak kapal berlepas ke Gua Musang pada 11.12 pagi dari pos tersebut. 

“Terdahulu, kedua-dua petugas daripada Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih awal berada di penempatan tersebut bagi rutin pemeriksaan kesihatan berkala di kawasan pedalaman,” katanya.

Mohd Hasrizal berkata lima anak kapal yang diketuai beliau sendiri tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada 11.30 pagi dan pesakit kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Gua Musang. 

“Cuaca sepanjang penerbangan adalah berawan rendah, anak kapal berlepas pulang dari Gua Musang pada 11.35 pagi dan selamat mendarat di Subang pada 12.50 tengah hari,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan