web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Kontena Rempuh Pagar, Pos Pengawal IPD Tapah Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 11:40AM

Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata lelaki berusia 31 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah pagi ini bagi permohonan reman - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan seorang pemandu lori kontena bagi membantu siasatan merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata lelaki berusia 31 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah pagi ini bagi permohonan reman.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif terhadap dadah selain tidak memiliki sebarang rekod saman lampau.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tapah telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu dan berbahaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azharuddin, dalam kejadian kira-kira 1.25 pagi itu, pemandu lori kontena berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh dengan membawa muatan kerusi meja, dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pagar utama dan pos pengawal IPD Tapah. 

Beliau berkata akibat kemalangan itu, seorang anggota polis yang sedang bertugas di pos pengawal itu mengalami patah satu gigi hadapan, luka pada bahagian mulut dan cedera tangan kiri.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menunggang atau memandu secara berbahaya sehingga mengundang padah kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan IPD Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 40 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad