web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penolakan Tuntutan Kumpulan Sulu Bukti Kes Tiada Locus Standi - Hajiji

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:34AM

Hajiji Noor, yang menyambut baik keputusan itu, berkata ia turut mengesahkan pendirian kerajaan yang tidak mengiktiraf tuntutan kumpulan tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu terhadap kerajaan Malaysia membuktikan bahawa tuntutan mereka tidak mempunyai locus standi.

Hajiji, yang menyambut baik keputusan itu, berkata ia turut mengesahkan pendirian kerajaan yang tidak mengiktiraf tuntutan kumpulan tersebut.

"Sabah berkongsi keyakinan Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kita semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya award itu selepas keputusan ini," menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana mengambil tindakan yang tegas untuk berdiri teguh dalam melindungi kedaulatan Malaysia.

"Kerajaan Negeri akan terus menjalin kerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan sehingga apa yang digelar sebagai Tuntutan Sabah itu dibatalkan,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali pula berkata kemenangan itu juga adalah kegagalan bagi pihak yang cuba memanipulasi sistem serta proses keadilan antarabangsa untuk kepentingan mereka.

“Komitmen tinggi Perdana Menteri dan seluruh ahli pasukan yang terlibat memperjuang hak dan kepentingan tanah air wajar diberikan penghargaan tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahli Parlimen Papar itu berkata pada masa sama, beliau menyeru semua pihak agar memahami dan mengambil teladan daripada kes itu dengan tidak bersikap sambil lewa dalam perkara yang boleh menyentuh soal integriti serta kedaulatan tanah air.

“Kadangkala kita tidak sedar kenyataan dan tindakan kita boleh membuka ruang dan mencetuskan asas bagi pihak luar memanipulasi forum antarabangsa untuk kepentingan mereka serta menggugat kepentingan nasional,” katanya.

Bagi Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Datuk Peter Anthony, kejayaan itu sangat penting untuk Sabah dan berharap award akhir yang tidak sah serta disalahgunakan oleh pihak yang menuntut dengan jumlah hampir US$15 bilion di Paris akan dibatalkan sepenuhnya.

"Isu tuntutan Sulu telah menghantui kita sejak sekian lama termasuk peristiwa berdarah yang berlaku di pantai timur Sabah pada 2013.

“Kami juga berharap dan berdoa agar isu tuntutan oleh pihak yang kononnya waris Kesultanan Sulu akan dinoktahkan selepas ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu.

Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Rina Jainal, yang juga ADUN Kukusan, pula berharap susulan kemenangan itu, tiada lagi pihak cuba mempolitikkan isu tersebut sebaliknya rakyat perlu bersatu hati menjaga keselamatan Sabah.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong pula berkata beliau yakin keputusan akan memihak kepada Malaysia kerana tuntutan itu sendiri adalah tidak berasas serta tidak sah.

"Oleh itu, saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Belanda. Sebagai rakyat Sabah dan warganegara Malaysia, tiada keraguan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Noktah," kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu sambil menambah pihak yang menuntut perlu menghormati kedaulatan Malaysia dan menghentikan tuntutan remeh sedemikian. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad