web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,120 Pekerja Asing Tidak Bekerja Akan Diberi Majikan Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:02PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 1,120 pekerja asing yang telah dibawa masuk ke negara ini menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing didapati tidak bekerja, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun katanya kerajaan akan melaksanakan inisiatif untuk menempatkan pekerja terbabit dengan majikan baharu bagi menjaga aspek kebajikan mereka.

Menyifatkan ia sebagai isu lambakan pekerja asing, Saifuddin berkata kebanyakan pekerja asing terlibat adalah dari Bangladesh dan dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor pembersihan dan pencucian.

Beliau berkata agensi pengambilan pekerja asing atau majikan yang membawa masuk mereka telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil terhadap syarikat berkenaan termasuk disenarai hitam.

“Kita tahu siapa ejen dan majikan yang melakukan perkara itu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini.

Katanya lebih 400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke Malaysia menerusi program rekalibrasi dan pelan kelonggaran itu, namun kira-kira 100,000 pekerja asing lagi diperlukan untuk mengisi pekerjaan di lima sektor kritikal iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) turut mengesan majikan atau agensi pengambilan pekerja asing yang memohon kuota pekerja asing menerusi pelan tersebut namun masih mengiklankan jawatan kosong terutamanya di media sosial.

Beliau berkata perkara itu akan menyumbang kepada lambakan pekerja asing di negara ini selain memberi kesan kepada kedudukan negara dalam senarai Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report).

“Ini kerana kita tidak boleh hantar mereka balik kerana kedudukan rating akan terkesan… jadi kena perbetulkan.

“Kita baru sahaja memasuki Tier 2. Dalam tempoh 1 April tahun ini sehingga Mac depan kita akan diperhatikan apakah kita berjaya patuh terhadap beberapa perkara termasuklah membanteras elemen buruh paksa,” katanya.

Laporan TIP yang dikeluarkan pada 15 Jun lepas menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian dan Saifuddin dilaporkan berkata kerajaan akan meningkatkan usaha mendakwa dan menyabitkan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang atau buruh paksa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad