web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Maut, 2 Kanak-Kanak Parah Kemalangan Kereta, Treler

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 8:15PM

Empat sekeluarga termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan Perodua Bezza dan treler di di Jalan Kulim Baling, Padang Meha di Kulim, Kedah hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha di Kulim, Kedah hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, dua ahli keluarga itu yang dipercayai kanak-kanak dilaporkan parah.

Katanya, pihak JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada jam 4.06 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim digegaskan ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.

“Terdapat enam mangsa dalam kereta terbabit yang mana empat daripadanya dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian, selepas disahkan pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal adalah seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun, dua wanita dewasa, masing-masing anggaran 30 tahun dan 59 tahun serta seorang bayi perempuan dalam lingkungan lapan bulan.

“Dua lagi mangsa, iaitu kanak-kanak berusia lingkungan dua dan enam tahun dipercayai parah,” katanya.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada komander operasi, kesemua mereka dipercayai tersepit dalam kenderaan itu.

“Mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba menggunakan peralatan khas resque tools.

“Mangsa cedera dihantar ke Hospital Kulim dengan bantuan ambulans KKM, manakala empat yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Getaran, 27 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini