web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Purata Perjalanan Penumpang Harian MRT2 Meningkat 305 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 2:11PM

Purata perjalanan penumpang harian pada hari bekerja bagi Perkhidmatan Laluan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya (MRT2) meningkat 305 peratus berdasarkan pemantauan Kementerian Pengangkutan. - Gambar oleh Anthony Loke

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Purata perjalanan penumpang harian pada hari bekerja bagi Perkhidmatan Laluan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya (MRT2) meningkat 305 peratus berdasarkan pemantauan Kementerian Pengangkutan. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata jumlah perjalanan itu meningkat daripada 23,000 perjalanan penumpang dalam Fasa 1 kepada 93,000 perjalanan penumpang sehari dalam Fasa 2.

"Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (MRT2) bermula dengan pembukaan Fasa 1 iaitu dari stesen Kwasa Damansara ke Stesen Kampung Batu pada 16 Jun 2022 diikuti dengan Fasa 2 pada 16 Mac 2023," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata RapidKL juga menyediakan perkhidmatan bas perantara di sekitar Putrajaya bagi menggalakkan penggunaan MRT2, yang melibatkan lima laluan termasuk laluan dari stesen MRT Putrajaya Sentral ke Presint 10, Presint 16, Presint 4, Presint 11 dan Ayer 8. 

Loke berkata purata perjalanan penumpang harian pada hari bekerja yang direkodkan bagi lima laluan itu daripada Mac 2023 sehingga 25 Jun 2023 adalah 706 perjalanan penumpang dan dijangka terus meningkat berdasarkan trend penumpang pada masa kini.

Anthony Loke - Gambar Jabatan Penerangan
Anthony Loke - Gambar Jabatan Penerangan

"Menjelang suku tahun keempat 2023, bilangan penumpang dijangka terus meningkat dengan penambahan tren-tren baharu yang akan beroperasi di Laluan Kelana Jaya dan penyiapan penuh kerja membaik pulih struktur retak di Laluan Ampang. 

"Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan terus menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam dan membuat pelaburan dalam infrastruktur rel dan bas mengikut keperluan demi menggalakkan peralihan ke mod pengangkutan awam yang lebih selesa, lebih selamat dan rendah karbon," katanya.

Beliau berkata selain itu, pas perjalanan tanpa had MY50 bagi perkhidmatan rel dan bas juga diteruskan sebagai usaha kerajaan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Loke berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berhubung perancangan kementerian untuk mendorong lebih ramai pengguna laluan MRT Putrajaya yang menelan kos pembangunan sebanyak RM30.53 bilion untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata purata perjalanan penumpang yang menggunakan perkhidmatan Rapid Rail untuk hari bekerja meningkat lebih 21 peratus iaitu 746,000 penumpang pada Jun 2023 berbanding 613,000 pada Januari 2023.

Katanya perkhidmatan itu termasuk Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Monorel, Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang dan MRT Putrajaya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad