web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Muat Turun Aplikasi Pink Whatsapp, Jika Ada Buang Segera’ - SKMM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 2:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu sentiasa berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai dan memuat turun aplikasi perisian hasad (malware) ‘Pink Whatsapp’.

Jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, aplikasi itu didakwa dapat menawarkan ciri keselamatan dan privasi lebih baik, antara muka boleh diubah suai serta keupayaan menghantar fail lebih besar, berbanding aplikasi WhatsApp biasa digunakan ketika ini. 

Namun, selepas pemasangan, agensi kerajaan itu menegaskan, aplikasi perisian malware terbabit boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna, seperti gambar, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan senarai kenalan yang boleh membawa risiko keselamatan serius.

“Pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak untuk mencuba aplikasi baharu terbabit.

“SKMM menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ‘Pink WhatsApp’ terbabit dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia sudah dipasang dalam telefon pintar,” katanya hari ini. 

Menurutnya, SKMM mengesyorkan pengguna hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi, seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery. 

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan juga untuk tidak menyebarluaskan sebarang pautan mencurigakan kepada pihak lain,” katanya

Tambahnya, SKMM menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, selain mengambil langkah pencegahan secara holistik. 

“Ia perlu dilakukan untuk melindungi maklumat peribadi serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad.

“Pengguna disaran kekal berwaspada dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan ‘Pink WhatsApp’ kepada portal Aduan MCMC atau talian hotline Aduan di 1800188-030,” katanya. - Getaran, 27 Jun 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran