Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Insiden Bom Lempar: Seorang Lagi Mangsa Maut, TUDM Tubuh Lembaga Siasatan

Semasa ยท Diterbitkan pada 26 Jun 2023 10:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua jurulatih yang cedera dalam insiden letupan bom lempar ketika latihan Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan, semalam disahkan meninggal dunia.

Markas Tentera Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi kenyataan awal pagi ini memaklumkan, Koperal Udara Syuib Bidin berusia 33 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah dialami.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 petang pada hari kejadian.

"Anggota adalah jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan.

“Anggota disahkan meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor ketika diberikan rawatan akibat kecederaan parah yang dialami,” katanya.

Ujarnya, seorang lagi jurulatih yang terbabit dalam insiden berkenaan kini dipantau rapi dan dilaporkan stabil.

Mangsa dikenali Koperal Udara Khairuzaman Lokman berusia 35 tahun, berasal dari Kluang, Johor dan turut menjadi jurulatih INSTAR.

Dalam pada itu, waris anggota yang terbabit sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan dan TUDM akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa, diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan sebaiknya.

“Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan serta pucuk pimpinan tertinggi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota. Ini adalah kehilangan besar kepada TUDM.

“Didoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan hamba beriman. Diharapkan juga urusan rawatan kepada anggota yang cedera dipermudahkan, dilaksanakan dengan segera serta dikurniakan dengan kesembuhan,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, TUDM menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti dan menyiasat punca kejadian berkenaan.

Justeru, semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Semalam, seorang anggota TUDM maut, manakala dua lagi cedera selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin.

Kejadian pada jam 12.10 tengah hari itu berlaku ketika mereka menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar di kem berkenaan.

Mangsa meninggal dunia adalah Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi berusia 22 tahun dan berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan.

Penuntut di INSTAR itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Getaran, 26 Jun 2023

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Kes Faisal Halim Diserang Dengan Asid, Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Segera

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 59 minit yang lalu

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu