web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Sertai Alliance 8.7, Giatkan Usaha Perjuang Isu Berkaitan Buruh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 1:50PM

V Sivakumar berkata, SDG 8.7 antara lain bertujuan mempercepatkan penghapusan buruh paksa, perhambaan model menjelang 2030 dan buruh kanak-kanak menjelang 2025 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menyertai Alliance 8.7 sebagai antara negara Pathfinder yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 8.7.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, SDG 8.7 antara lain bertujuan mempercepatkan penghapusan buruh paksa, perhambaan model menjelang 2030 dan buruh kanak-kanak menjelang 2025. 

Menurut beliau, aktiviti penguatkuasaan dalam memerangi pelbagai isu berkaitan buruh akan terus dipergiat, malah kementerian enggan berkompromi dalam sebarang salah laku atau aduan yang menjurus kepada buruh paksa.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berdasarkan peruntukan perundangan yang diberikan akan melaksanakan sebanyak mungkin operasi pemeriksaan, sama ada secara bersepadu atau berperingkat. 

“Kita juga akan bertindak terhadap sebarang aduan jika wujudnya elemen buruh paksa, walau ia hanya melibatkan satu daripada 11 indikator buruh paksa yang digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization: ILO),” katanya hari ini.

Jelas Sivakumar, beliau turut menekankan kepentingan untuk majikan menyediakan penginapan standard buat pekerja masing-masing.

Malaysia bagi tujuan ini katanya, telah meminda Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 untuk memaksa majikan menyediakan standard minimum perumahan dan kemudahan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup pekerja. 

“Dalam menangani ketidaksamaan dan menyediakan perlindungan sosial yang inklusif kepada semua, Malaysia telah melanjutkan perlindungan keselamatan sosial bagi skim kecederaan pekerjaan kepada pekerja asing berkuat kuasa 1 Januari 2019. 

“Langkah ini sejajar dengan prinsip teras Agenda Kerja Baik ILO dan usaha memerangi isu buruh paksa ini juga akan terus dikuatkuasa sebagai bukti kukuh, selaras dengan komitmen negara yang telah meratifikasi konvensyen ILO berhubung buruh paksa.

“Konvesyen yang telah diratifikasi itu ialah C029 - Forced Labour Convention, 1930 (No.29) pada 11 November 1957 dan Protocol of 2014 to the Forced Labour Convention, 1930 (P029) yang telah diratifikasi pada 21 Mac 2022,” katanya.

Sivakumar menegaskan, beliau sewaktu berucap pada Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-111 pada 12 Jun lalu telah menekankan komitmen negara dalam usaha memerangi isu buruh paksa. 

“Antaranya pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah mewujudkan peruntukan baharu laitu Seksyen 90B berhubung buruh paksa. 

“Di samping itu, Malaysia juga telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional (2021 - 2025) berhubung buruh paksa pada November 2021,” katanya.

Beliau menarik perhatian, KSM akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri, Jabatan atau agensi negara luar, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan.

Semua kerjasama itu jelasnya, untuk memastikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL) berjaya direalisasikan.

“Operasi dan penguatkuasaan dalam industri perburuhan akan terus dipergiatkan dan dilaksanakan, bagi memastikan setiap majikan tidak kira dalam apa juga sektor akan terus mematuhi semua akta yang kita kuatkuasakan,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar