web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Ambil Maklum Keperluan Kewujudan Hospital Universiti Di USIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 8:01PM

Anwar berkata kerajaan menerusi KPT akan mengadakan perbincangan dengan USIM untuk mulakan projek hospital universiti berkenaan bagi kegunaan dalam latihan kepakaran pelajar perubatan. - Gambar dari Twitter @AnwarIbrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Kerajaan mengambil maklum keperluan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menubuhkan sebuah hospital universiti bagi kegunaan dalam latihan kepakaran pelajar perubatan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertimbangan serta perbincangan dengan kepimpinan universiti serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu dilakukan bagi menentukan perkara itu. 

"Saya perlu pertimbangkan dengan kepimpinan universiti dan KPT untuk menentukan perkara itu.

"Pelajar perubatan pada peringkat awal ini memang menumpang hospital lain...tetapi perlu ada rencana untuk membina hospital, latihan kepakaran itu harus diberikan keutamaan… Saya ambil maklum,"  katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan. 

Perdana Menteri meluangkan masa dua jam bersama hampir 3,000 pelajar universiti serta pelajar tingkatan enam bagi menjawab pelbagai persoalan dan cadangan di USIM, di sini hari ini. 

Anwar turut memuji soalan dan cadangan diutarakan oleh para mahasiswa serta pelajar Tingkatan Enam yang disifatkan matang dan akan membawa perkara itu untuk dibincangkan bersama Jemaah Menteri.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga meneliti cadangan keperluan penambahan kolej kediaman di USIM iaitu antara permasalahan diutarakan pelajar USIM mengenai keperluan kolej kediaman memandangkan ketika ini terdapat satu kediaman pelajar dengan kapasiti 20 peratus daripada 14,000.

Dalam pada itu Anwar turut menjelaskan kerajaan juga perlu menumpukan kepada keperluan yang lebih penting seperti beberapa perumahan anggota tentera dan polis yang daif dan perlu diberi perhatian.

"Tahun depan kita tumpukan perumahan penjawat awam polis, tentera yang keadaannya daif... Masalah ini diwarisi berpuluh tahun… Kerajaan juga menambah RM2 bilion untuk Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperbaiki sekolah dan klinik desa," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan