web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafaz Quran Pada Usia 14 Tahun, Naufal Sempat Jadi Imam Sebelum Hilang - Bapa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:14PM

Muhammad Naufal Adzimi yang mesra dipanggil Naufal, pada Selasa malam iaitu hari kehilangannya, telah sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di sini, sejak tiga hari lepas, merupakan antara pelajar terbaik di maahad tahfiz tempat beliau belajar dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun.

Bapanya Mohd Harris Muhamed, 46, berkata Muhammad Naufal Adzimi yang mesra dipanggil Naufal, pada Selasa malam iaitu hari kehilangannya, telah sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.

Beliau berkata sejak petang itu juga, Naufal berkelakuan agak pelik seperti ketawa sendirian dan mencabut kedua-dua cermin sisi motosikalnya, tanpa sebarang tujuan.

“Bagaimanapun pada tengah malam itu, Naufal gelisah untuk keluar rumah dan kira-kira 20 minit selepas itu beliau telah pulang semula ke rumah, sebelum difahamkan daripada jiran kampung yang  melihat Naufal memecut motosikal dengan laju keluar dari rumah kira-kira 2 pagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu di sini hari ini.

Turut serta dalam SAR itu, ibu Naufal, Rilawati Abdul Rani, 43.

Mohd Harris berkata kali terakhir beliau melihat Naufal ialah selepas 12 tengah malam dan selepas kehilangannya itu beliau telah mengajak beberapa orang penduduk mencari Naufal, sebelum membuat laporan polis apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga pagi.

Bercerita lanjut, Mohd Harris berkata beberapa hari sebelum kehilangan Naufal, guru Maahad tempat beliau belajar ada menghubunginya dan mengesyorkan Naufal untuk diambil dari asrama setelah berkelakuan pelik.

“Guru berkenaan kata Naufal ada menulis di kedua-dua bahagian kertas A4 tentang luahannya berkaitan SPM yang didudukinya, serta nama rakan-rakan dan ustaz-ustaz dikenalinya.

“Bila tengok senior dia berjaya dalam SPM baru-baru ni, mungkin dia rasa sedikit tertekan. Jadi saya tengok kertas (dengan tulisan Naufal) itu. Cikgu syor saya bawa pulang dia ke rumah dan saya bersetuju,” katanya. 

Mohd Harris berkata ketika berada di rumah, beliau ada bertanya kepada Naufal, kenapa beliau mencabut cermin sisi motosikal dan anak kedua dari lima beradik itu memberitahu bahawa beliau terpengaruh dengan sebuah drama yang ditayangkan di televisyen.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi pencarian diteruskan pada 9 pagi hari ini, dengan radius pencarian sekitar empat kilometer melibatkan lapan kumpulan berasingan.

Beliau berkata pasukan itu, melibatkan kekuatan 115 anggota termasuk antaranya polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam. 

Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada 1.33 pagi, dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9.00 pagi.

Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.

Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad