web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Leka, Kerajaan Perlu Segera Selesaikan Harga Beras Naik, Kejatuhan Ringgit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 5:19PM

Ameer Ali Mydin dipetik sebagai berkata, harga runcit beras 10 kilogram (kg) akan naik sekurang-kurangnya RM1 bulan depan. Kenaikan terbabit dilihat berpunca daripada nilai ringgit yang lemah serta lonjakan kos lain termasuk elektrik dan buruh - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kelemahan nilai ringgit yang semakin merundum berbanding mata wang lain perlu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan perlu ditangani segera oleh kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, isu berkenaan melibatkan harga makanan harian rakyat.

"Saya sudah kata banyak kali sebelum ini, kelemahan ringgit perlu ditangani segera, bukan dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan harga makanan harian rakyat. 

"Kerajaan perlu bincang dan buat keputusan segera bagaimana untuk tangani masalah ini. Isu ini adalah serius," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita FMT yang memetik Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin sebagai berkata, harga runcit beras 10 kilogram (kg) akan naik sekurang-kurangnya RM1 bulan depan.

Ameer Ali memaklumkan, kenaikan terbabit dilihat berpunca daripada nilai ringgit yang lemah serta lonjakan kos lain termasuk elektrik dan buruh.

Bulan lalu, harga beras 10 kg naik antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis termasuk beras import putih.

Ringgit diniagakan pada RM4.66 berbanding AS$1 dan RM3.47 berbanding AS$1 hari ini.

Walaupun kejatuhan nilai ringgit mencetuskan kebimbangan banyak pihak khususnya komuniti perniagaan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, kerajaan tidak berhasrat untuk campur tangan dengan segera.

Menurut beliau, tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi kejatuhan pasaran modal dan ringgit, yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak pada masa ini.

Sebaliknya, Rafizi berkata, kerajaan akan menunggu impak positif yang akan terhasil menerusi penstrukturan semula ekonomi termasuk langkah subsidi bersasar yang dilaksanakan secara berperingkat. - Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan