web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MO Baharu Penipuan Telefon Guna Dokumen Palsu Ada Logo, Tandatangan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:08AM

Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima dua laporan polis yang menggunakan modus operandi berkenaan, kononnya melibatkan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Memperdayakan mangsa dengan menghantar dokumen palsu menggunakan paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo polis, merupakan modus operandi terbaharu sindiket penipuan dalam talian yang dikesan. 

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya menerima dua laporan polis yang menggunakan modus operandi berkenaan, kononnya melibatkan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis.

Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan, yang ditipu kononnya waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya, namun ia tidak melibatkan kerugian apabila peniaga itu terus membuat laporan polis, manakala dalam kes kedua seorang pensyarah universiti menjadi mangsa, mengakibatkan beliau mengalami kerugian RM98,000.

Difahamkan kedua-dua kes berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata sepanjang tahun lepas 358 kes ‘phone scam’ telah dilaporkan, membabitkan kerugian berjumlah RM15,110,598.87, manakala bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, 181 kes ‘phone scam’ disiasat melibatkan kerugian berjumlah RM8,088,363.49

Katanya antara modus operandi yang digunakan ialah menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, mahkamah, syarikat insurans dan syarikat penghantaran. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad