web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Telegram Akur Beri Kerjasama Bendung Jenayah Siber  - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 8:46PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aplikasi Telegram bersetuju menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung pelbagai kes jenayah melalui platform berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, komitmen itu dinyatakan wakil Telegram dalam mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, ia merupakan tindakan positif daripada syarikat perkhidmatan permesejan segera dan protokol internet itu, dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.

“Saya menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di Telegram. 

“Saya dan PDRM turut menyampaikan pandangan tegas berhubung penting pihak Telegram, sebarang aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pertemuan itu juga dilihat permulaan yang baik dalam kerjasama bersama kerajaan Persekutuan bagi memastikan Telegram tidak terdedah dengan bahaya apabila digunakan oleh masyarakat.

“Telegram menyatakan komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerja yang lebih erat dengan SKMM dan PDRM.

“InsyaAllah, pertemuan hari ini adalah permulaan yang baik dalam kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram akan lebih selamat untuk digunakan,” katanya. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata, sejak Januari 2020 hingga Mei tahun ini, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram mencecah RM45 juta.

“Sehubungan itu, kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu,” katanya. 

Terdahulu, Fahmi dilaporkan menggesa Telegram untuk bertemu dengan SKMM berhubung pelbagai isu keselamatan siber.

Walaupun menerima syor yang tegas daripada SKMM, jelasnya, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memberi peluang kepada Telegram untuk berhubung secara terus dengan suruhanjaya tersebut.

Sebelum itu, Telegram pada 28 Mei lalu dilaporkan berkata, pihaknya tidak bekerjasama dengan KKD kerana enggan terlibat dalam “sebarang bentuk tapisan politik”.

Jurucakapnya Remi Vaughn berkata, pihaknya secara giat memantau kandungan berbahaya dalam platform itu, termasuk penjualan bahan terlarang dan lucah. - Getaran, 19 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad