web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Junaidi, Nur Jazlan Dan Mujahid Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 11:18AM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Nur Jazlan Mohamed mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Dr Mujahid Yusof adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Perak pada 25 Mei lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua bekas Menteri dan seorang bekas timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara hari ini.

Mereka ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan pengerusi sementara Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.

Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Perak pada 25 Mei lepas.

Ketika pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Wan Junaidi berkhidmat dalam portfolio undang-undang bermula 2021 hingga 2022.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 2008 hingga 2013.

Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak pula adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dari 2018 hingga 2020 manakala Nur Jazlan pula pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2015 hingga 2018.

Dewan Negara bersidang selama enam hari bermula hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad