web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Ombudsman Malaysia 2023: Kerajaan Dapatkan Pandangan Ahli Parlimennya, Pembangkang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 4:45PM

Menurut Azalina Othman Said, skop Ombudsman Malaysia tertumpu kepada pengurusan aduan peringkat kedua berhubung salah tadbiran dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengadakan sesi taklimat dengan Ahli Parlimennya dan pembangkang berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia 2023 hari ini, dalam usahanya memuktamadkan akta terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, sesi taklimat itu diadakan untuk mendapatkan input dan pandangan sebagai usaha penglibatan bermakna, bagi memuktamadkan RUU terbabit dengan kadar segera.

Katanya, segala cadangan dan maklumbalas daripada Ahli Parlimen ketika sesi taklimat berkenaan, diambil maklum untuk tindakan seterusnya sekiranya perlu.

“Pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang hadir ke sesi libat urus atas maklumbalas dan cadangan mereka.

“Penubuhan Ombudsman Malaysia ini adalah penting ke arah sistem penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap dan efektif, selain memastikan kerajaan yang lebih responsif serta adil terhadap rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ombudsman adalah satu badan benar-benar bebas yang mengamalkan konsep tidak memihak dalam menguruskan aduan disalurkan orang awam, terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Ia adalah satu konsep yang diterima pakai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta 115 daripada 195 negara di dunia mempunyai institusi Ombudsman.

Azalina berkata, kerajaan secara prinsipnya sudah bersetuju untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia.

Malah, mengulangi kenyataan terdahulunya, beliau memaklumkan, buat masa ini, kerajaan berada pada peringkat akhir bagi memuktamadkan RUU itu untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Ujarnya, Ombudsman Malaysia yang akan dicadangkan adalah berfungsi untuk menerima, mengendali dan menyelesaikan aduan berkaitan salah tadbiran sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan, bagi meningkatkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam.

“RUU sedang dipertimbangkan ini, akan memperuntukkan fungsi dan kuasa Ombudsman Malaysia dengan jelas, merangkumi pengurusan aduan salah tadbiran di agensi kerajaan Persekutuan dan penentuan hala tuju Ombudsman Malaysia dalam mencegah salah tadbiran dalam agensi kerajaan.

“RUU ini juga merangkumi pengemukaan syor tindakan pembetulan atau tindakan pencegahan kepada agensi kerajaan, pemantauan ke atas pelaksanaan pengurusan aduan awam oleh agensi kerajaan, selain penyediaan dan penerbitan laporan berhubung pengurusan aduan salah tadbiran,” katanya.

Selain itu, Azalina berkata, Ombudsman Malaysia menjalankan lapan fungsi susulan, iaitu recommending (mengesyorkan), reporting (pelaporan), planning (merancang), monitoring (memantau), evaluating (menilai), advisory (menasihati), mediating (menjadi pengantara) dan conciliating (mendamaikan) serta memulakan tindakan, kajian dan analisis bagi kes aduan atas kepentingan awam.

Menurutnya, skop Ombudsman Malaysia tertumpu kepada pengurusan aduan peringkat kedua berhubung salah tadbiran dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan.

Beliau berkata, undang-undang institusi agensi kerajaan, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Jabatan Audit Negara (JAN) dan terkini Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), dijadikan sebagai rujukan untuk penetapan dasar Ombudsman Malaysia.

“Selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) bersama Biro Pengaduan Awam 1 (BPA), sudah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan civil society organisations (CSOs) dalam memuktamadkan RUU terbabit,” katanya.

Malah beliau berkata, pada 8 Mei lalu, BHEUU dan BPA mengadakan sesi libat urus bersama agensi kerajaan, seperti JPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPAM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Sesi ini juga diadakan bersama badan bukan kerajaan, seperti Majlis Peguam Malaysia (MPM), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), SUHAKAM, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan sebagainya, bagi mendapatkan maklumbalas serta cadangan semua pihak,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad