web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Lelaki Termasuk 2 Remaja Didakwa Pukul Pekerja Bawah Umur, Miliki Bahan Lucah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 3:53PM

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya dalam daerah Melaka Tengah antara 8 malam hingga 1 pagi pada 28 Mei lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Empat lelaki termasuk dua remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh di sini hari ini terhadap pertuduhan merompak dan mencederakan seorang remaja lelaki serta memiliki bahan lucah.

Soh Sun Hung, 20, Yap Kah Seng, 22, dan dua remaja lelaki berusia 17 dan 15 tahun didakwa secara bersama sebagai majikan kepada remaja lelaki berusia 15 tahun itu telah menganiaya mangsa dengan cara mencederakan menggunakan tangan, kaki, tali dan sebatang besi. 

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya dalam daerah Melaka Tengah antara 8 malam hingga 1 pagi pada 28 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuan penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda maksimum RM20,000 atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, keempat-empat tertuduh didakwa telah merompak dan mencederakan remaja itu  pada masa, lokasi dan tarikh sama. Pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal manakala peguam Joel Chua mewakili  keempat-empat tertuduh. 

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes. 

Di hadapan Majistret Nurul Asyikin Rosli, kesemua tertuduh berdepan pertuduhan memiliki bahan-bahan lucah di dalam telefon bimbit masing-masing.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Taman Jati Hang Tuah Jaya, pada  3.45 petang 31 Mei lepas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,500 bagi setiap tertuduh dan tarikh sama ditetapkan untuk sebutan kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar