Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Ditahan, Bakal Diusir Ketika Sabah Giat Tangani Isu Migran

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:19AM

Dina mendukung bayinya yang berusia lima bulan tatkala anak lelaki yang berusia 10 tahun ditahan polis di sebuah kilang kayu di Sandakan. - Gambar ihsan Ahmad Jimmy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN – Dina yang sarat mengandung, 39, hanya mampu menyembunyikan diri dan melihat anaknya berusia 10 tahun ditahan polis di sebuah kilang kayu di sini.

Pada tahun 2021, penulis menemubual kira-kira 10 wanita di sekitar Sandakan, yang kesemuanya adalah ibu yang kehadiran mereka di Sabah dianggap haram kerana memasuki Malaysia tanpa permit sah.

Temubual tertumpu kepada bagaimana mereka terpaksa bersalin di rumah kerana mereka berisiko ditangkap jika pergi ke hospital, apatah lagi caj hospital adalah dua kali ganda lebih tinggi untuk bukan warganegara.

Dina, ibu kepada enam anak, adalah salah seorang yang ditemu bual.

Selepas bercerita tentang kehamilan dan proses bersalin, dia mula terbuka untuk bercerita mengenai dilema terbesarnya ketika itu iaitu anak sulungnya, Moja, 10, pencari nafkah keluarga mereka ditahan polis enam bulan sebelum itu dan kini ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen Sibuga di Sandakan.

Senyuman cerianya hilang dalam beberapa saat apabila dia mula bercakap tentang anaknya yang masih kecil.

“Kira-kira lima bulan lalu, pada suatu malam, ada operasi polis di kilang kayu tempat anak saya bekerja. Saya berada berdekatan, dan apabila saya mendengar ada operasi, saya cepat-cepat berlari ke arah kilang.

“Saya sama ada akan membawa anak saya melarikan diri dari tempat itu, atau menyerahkan diri kepada polis. Kerana apa jua yang berlaku, saya akan bersama anak saya.

“Tetapi rakan menghalang saya dan meminta saya memikirkan tentang bayi dalam kandungan dan tiga lagi anak kecil saya di rumah. Saya sudah hamil sembilan bulan ketika itu.

“Polis membawa Moja ke dalam trak polis di hadapan mata saya. Saya hanya mampu menangis semasa kawan saya memegang saya dan membawa saya pergi.

“Mereka menahan anak saya, dan kini anak saya keseorangan di depoh tahanan tanpa ada saudara atau penjaga yang menjaga keperluannya. Lebih teruk lagi mereka akan menghantarnya ke Filipina.

“Dia tidak pernah pergi ke Filipina. Apa yang dia akan lakukan di sana seorang diri? Bagaimana dia hendak bertahan?” soal Dina.

Dina berkata, Moja tidak seperti kanak-kanak lain kerana dia mempunyai kesedaran untuk bekerja keras demi keluarganya pada usia yang sangat muda.

“Dia tidak pernah mempunyai mainan dan tidak pernah membelanjakan wang titik peluhnya sendiri, walaupun untuk makanan.

“Dia akan memberikan semua pendapatan hariannya untuk meletakkan makanan di atas meja. Apabila dia tidak bekerja, dia akan menjaga adik-adiknya," kata Dina.

'Sendirian di negara asing'

Terdapat tiga jenis migran di Sabah iaitu mereka yang mempunyai permit sah, mereka yang mempunyai status tanpa dokumen, dan mereka yang berada di bawah bidang kuasa jawatankuasa pengurusan warga asing negeri. - Gambar dari Jabatan Imigresen Sabah
Terdapat tiga jenis migran di Sabah iaitu mereka yang mempunyai permit sah, mereka yang mempunyai status tanpa dokumen, dan mereka yang berada di bawah bidang kuasa jawatankuasa pengurusan warga asing negeri. - Gambar dari Jabatan Imigresen Sabah

Moja ditahan selepas kira-kira tiga bulan bekerja di kilang kayu berhampiran, di mana dia memperoleh kira-kira RM15 hingga RM20 sehari.

Dia terpaksa bekerja kerana Dina diberhentikan dari kilang apabila kehamilannya mula diketahui.

Selepas penahanan anaknya, Dina bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk terus hidup, tetapi dia kembali bekerja selepas bayinya berusia enam bulan.

“Saya ada rancangan. Apabila anak saya dihantar pulang ke Filipina di Zamboanga, saya juga akan pergi ke Zamboanga untuk bertemu dengannya disana. Harapnya, bayi saya dah berhenti menyusu ketika itu.

“Sejujurnya saya tidak dapat membayangkan hidup tanpanya. Bayangkan rasa bersalah yang perlu saya tanggung dengan hanya memikirkan dia bersendirian di negara asing,” kata Dina.

Dina yang juga suku kaum Tausug dari selatan Filipina, datang ke Sabah untuk bekerja kira-kira 20 tahun lalu.

Dia kemudian berkahwin dengan seorang pekerja kontrak Filipina yang mempunyai permit kerja yang sah, tetapi semua kelahiran anak-anaknya tidak didaftarkan.

“Saya tidak mempunyai sebarang dokumen (pengenalan diri atau pas perjalanan), jadi saya tidak boleh pergi ke bahagian pendaftaran untuk mendaftar kelahiran anak-anak saya, atau saya mungkin ditangkap di sana.

“Mereka juga tidak berhak mendapat kerakyatan kerana saya bukan rakyat tempatan,” katanya.

Pekerja migran dilarang oleh undang-undang untuk mempunyai anak di Sabah.

Dina mendakwa suaminya hilang kira-kira enam bulan lalu dan sebab itulah Moja terpaksa bekerja.

Namun, dia tidak bimbang tentang suaminya dengan berkata: "Mungkin dia sudah menemui isteri baru di Filipina."

Bagaimanapun, penulis tidak dapat menghubungi Dina selepas temubual ini kerana dia sudah berpindah.

Isu berdekad lamanya menjadi lebih rumit

Pada Disember 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan terdapat 1.09 juta bukan warganegara di Sabah.

Berdasarkan angka itu, satu daripada setiap tiga individu adalah pendatang dalam anggaran penduduk Sabah hampir empat juta.

Terdapat tiga jenis migran di Sabah iaitu mereka yang mempunyai permit sah, mereka yang mempunyai status tanpa dokumen, dan mereka yang berada di bawah bidang kuasa jawatankuasa pengurusan warga asing negeri.

Mereka yang mempunyai status sah termasuk bukan warganegara dengan status pemastautin tetap, pelawat, ekspatriat, pekerja asing dan pemegang pas IMM13.

Mereka yang dianggap tidak tetap ialah pendatang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, pasport atau permit.

Kanak-kanak yang tidak berhak mendapat kewarganegaraan ini tidak mempunyai akses kepada pendidikan awam atau penjagaan kesihatan. - Gambar ihsan Ahmad Jimmy
Kanak-kanak yang tidak berhak mendapat kewarganegaraan ini tidak mempunyai akses kepada pendidikan awam atau penjagaan kesihatan. - Gambar ihsan Ahmad Jimmy

Mereka yang statusnya berada di bawah pengurusan jawatankuasa pengurusan warga asing termasuk mereka yang berstatus pemastautin sementara, anak pelarian tanpa IMM13, mereka yang mempunyai dokumen bukan berkaitan imigresen yang sah, anak yang lahir daripada perkahwinan dengan pendatang tanpa izin, dan perantau pelaut Pa'lauh.

Ketika ini, pendekatan segera yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin adalah dengan menghantar pulang mereka ke negara asal.

Kebanyakan mereka berasal dari Indonesia dan Filipina.

Tetapi pendekatan jangka panjang mengambil masa lebih lama daripada yang sepatutnya kerana masalah tidak semudah itu, dan kes Moja adalah contoh yang jelas.

Moja dilahirkan di Sabah tetapi kehadirannya di Sabah adalah haram.

Justeru, kanak-kanak lelaki itu akan dihantar ke Filipina, di mana dia tidak mengenali sesiapa dan tidak bercakap bahasa tersebut.

Jika ini tidak betul, maka apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan terhadap kanak-kanak seperti Moja? Mungkin terdapat ratusan ribu daripada mereka di Sabah.

Walaupun ada pihak tertentu yang mencadangkan agar individu seperti Moja diberi peluang bekerja secara sah di Sabah.

Malah, ada pihak yang mengecam cadangan itu kerana pendatang tanpa izin boleh tinggal di negeri itu walaupun melanggar undang-undang.

Mereka mendakwa bukan sahaja pendatang asing membina rumah setinggan dan mencemarkan imej negeri itu, malah mereka juga mencuri bekalan elektrik dan air daripada penduduk setempat serta sering dikaitkan dengan jenayah berat seperti rompakan dan penyalahgunaan dadah.

Sabah mengumpul data untuk menangani isu yang sudah lama wujud

Kerajaan Sabah berjanji untuk menangani masalah pendatang yang sudah lama berlarutan di negeri itu, tetapi pertama sekali, ia mesti mendapatkan angkanya.

Ia kini giat menjalankan latihan pendaftaran data digital untuk menangani perkara itu, yang dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Kerajaan Sabah kini giat menjalankan latihan pendaftaran data digital untuk menangani perkara itu, yang dijangka selesai pada akhir tahun ini. - Gambar ihsan Ahmad Jimmy
Kerajaan Sabah kini giat menjalankan latihan pendaftaran data digital untuk menangani perkara itu, yang dijangka selesai pada akhir tahun ini. - Gambar ihsan Ahmad Jimmy

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, setakat ini, kira-kira separuh daripada 14,855 pendatang yang berdaftar di bawah program perintis pendaftaran digital Sabah didapati tidak berdokumen.

“Daripada projek perintis di Sawit Kinabalu, kami mendaftarkan 14,855 pendatang. Hampir semua pekerja migran mempunyai dokumen yang sah, tetapi kebanyakan tanggungan mereka tidak mempunyai dokumen," katanya.

Ia adalah isu sama seperti dihadapi oleh Dina iaitu suaminya mempunyai permit bekerja, tetapi tidak bagi tanggungan mereka.

Kanak-kanak yang tidak berhak mendapat kewarganegaraan ini tidak mempunyai akses kepada pendidikan awam atau penjagaan kesihatan.

Mereka hanya boleh bergantung kepada pekerjaan bergaji setiap hari serta yang ditawarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu mereka atas dasar kemanusiaan.

Bagi kanak-kanak ini, senario terbaik untuk masa depan mereka di Sabah ialah mereka akan mempelajari kemahiran asas dan mendapat pekerjaan; memperoleh pendapatan yang jujur, walaupun secara haram; dan menjalani kehidupan yang tenang dan sederhana sepanjang masa mereka di negeri ini dengan syarat kerajaan tidak menghantar pulang mereka. - The Vibes, 13 Jun 2023

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 2 jam yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 11 jam yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN