web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Sentiasa Fikirkan Rakyat, Rosmah Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 5:40PM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Strategi untuk mengatasi masalah rakyat sentiasa dalam fikiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan, kata isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah jelas sebak mengenangkan bagaimana sebelum memulakan hukuman penjara tahun lalu, mantan Pesiden UMNO itu sering berkongsi dengannya kebimbangan beliau mengenai kebajikan rakyat.

“Saya beritahu kamu, dia (Najib) sentiasa memikirkan tentang rakyat dan negara.

“Kadang-kadang, dia termenung ketika kami di dalam kereta bersama. Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dia fikirkan, dia beritahu saya dia memikirkan apa lagi rakyat tak cukup dan apa lagi yang boleh dia lakukan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Najib (dua dari kanan) ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. - Gambar fail
Najib (dua dari kanan) ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022. - Gambar fail

Mengimbas kembali zaman Najib sebagai pemimpin tertinggi UMNO, Rosmah berkata, suaminya yang sedang menjalani hukuman penjara atas sabitan berkaitan rasuah, akan sentiasa memberikan ucapan yang mengandungi pelbagai isi kepada perwakilan parti semasa PAU.

“Sudah tentu saya sedih kerana (Najib) tiada di sini bersama kami (untuk perhimpunan agung parti tahun ini).

“Saya kadang-kadang bayangkan, ketika dia menjadi Presiden UMNO, dia akan duduk di atas pentas memikirkan ucapannya kepada perwakilan (tentang) bagaimana dia akan membantu orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Sambil menzahirkan rasa terima kasih kepada perwakilan semalam yang bersorak menyokong pembebasan Najib dari penjara semasa ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Rosmah berkata, beliau "terharu" dengan sokongan itu.

“Saya dapat merasai betapa mereka menghargai perjuangan suami saya dan saya tahu mereka berharap dia dibebaskan secepat mungkin.

“Dalam hati mereka, mereka tahu bahawa (Najib) tidak diberikan perbicaraan yang adil, sebab itu mereka kini mahukan keadilan untuk (Najib),” dakwanya.

Semalam, Dewan Merdeka bergema dengan gesaan agar Najib dibebaskan dari penjara, dengan hampir 3,000 perwakilan melaungkan "Bebas Bossku" dan "Hidup Bossku", merujuk kepada jolokan popular Najib.

Laungan itu diketuai oleh Zahid ketika beliau memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut hadir, untuk "melihat sendiri" sentimen tulen ahli UMNO.

Semasa Anwar masuk ke dewan, ramai perwakilan dilihat memegang poster memaparkan solidariti mereka terhadap Najib, yang disabitkan kesalahan dalam kes rasuah RM42 juta milik SRC International Bhd.

Majlis Tertingi UMNO sudah memfailkan pengampunan diraja untuk diberikan kepada Najib, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan untuk membatalkan sabitan kesalahannya. - The Vibes, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar