web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendirian Saya Konsisten, Nak Bantu Kemenangan UMNO, Bukan DAP - Isham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 8:04PM

Beberapa pemimpin DAP turut hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini, hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sokongan kepada DAP pada pilihan raya di enam negeri yang akan datang.

Menurutnya, keutamaan beliau ketika ini adalah membantu calon UMNO untuk memenangi kerusi yang turut ditandingi Perikatan Nasional (PN).

“Kawasan DAP mereka boleh jaga diri sendiri. Pengundi Cina ramai. Jadi itu kita tak payah risau. DAP boleh menang tanpa undi UMNO.

“Saya buat kenyataan ini siapa nak marah, marahlah. Saya nak bantu UMNO, nak lawan PN. Mereka nak kalahkan kita supaya kita dapat kosong (kerusi),” katanya dalam satu video yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.

Isham Jalil - Gambar fail
Isham Jalil - Gambar fail

Tegas Isham, pandangannya mengenai kerjasama dengan DAP tetap konsisten kerana ideologi kedua-dua parti berbeza.

“Dari dulu lagi, pandangan saya konsisten mengenai kerjasama dengan DAP. Jawapannya sama, kerana ideologi berbeza.

“Saya tak macam Tan Sri Annuar Musa, dulu kata tak mustahil untuk kita bekerjasama dengan DAP, tetapi sekarang ini dia hentam kita pula,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar jumlah pembahagian kerusi pada pilihan raya di enam negeri dimaklumkan secepat mungkin agar persediaan dapat dilakukan lebih awal.

Jelasnya, beliau tidak mengetahui berapa banyak kerusi yang akan diberikan untuk setiap parti tetapi hanya mendengar khabar angin daripada peringkat akar umbi.

“Saya harap kita dapat tahu awal supaya dapat buat persediaan jika pembubaran berlaku dalam tempoh dua, tiga minggu lagi. Kita tiada masa. Jika kita kalah lagi, bermakna berapa kali sudah kita kalah.

“Saya nak bantu UMNO menang kerana UMNO tidak boleh terkubur. Kita kena menang. PN pula sasarkan kawasan Melayu, kawasan UMNO bertanding kerana mereka nak tengok kita kalah,” katanya.

Mengenai kehadiran pemimpin DAP dan parti komponen lain pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Isham berkata, mereka perlu dilayan seperti tetamu yang berkunjung ke rumah ketika Aidilfitri.

“Bila tetamu datang ni, tak apalah kita layan. Kadang ada orang yang kita tak suka pun datang rumah kita. Takkan kita nak halau atau bermasam-masam muka.

“Nasihat saya, anggap sahaja mereka sebagai tetamu yang datang melawat rumah kita pada hari raya,” katanya. – Getaran, 9 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar