web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Perceraian Beri Gambaran Institusi Keluarga Makin Rapuh, ‘Jangan Mudah Lafazkan Cerai…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 7:16AM

Teks khutbah Jumaat JAIP yang bertajuk ‘Elakkan Perceraian’ menegaskan rumah tangga dan keluarga yang bersifat rapuh boleh menjadi penyebab berangkai kepada berlakunya pelbagai masalah lebih besar dalam masyarakat. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka perceraian yang semakin meningkat di negara ini, harus membimbangkan masyarakat kerana ia membayangkan keadaan rumah tangga dan institusi keluarga semakin rapuh.

Khutbah Jumaat bertajuk ‘Elakkan Perceraian’ dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) hari ini menegaskan, rumah tangga dan keluarga yang bersifat rapuh boleh menjadi penyebab berangkai kepada berlakunya pelbagai masalah lebih besar dalam masyarakat.

Menurutnya, masalah itu adalah seperti kemurungan, tekanan perasaan, sakit jiwa dan sakit mental, keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah, sumbang muhrim serta anak yang terbiar.

“Perceraian juga membawa kesan perselisihan berpanjangan, terutama untuk menyelesaikan tuntutan selepas perceraian.

“Antara nafkah wajib ditunaikan suami selepas berlaku penceraian ialah nafkah edah, iaitu makan minum, pakaian, kesihatan dan tempat tinggal kepada bekas isteri sehingga tamat edah.

“Ini tidak termasuk nafkah mut’ah, iaitu sagu hati perkahwinan serta isu hak penjagaan dan nafkah anak,” katanya.

Ujarnya, suami isteri juga berhak menuntut harta sepencarian, iaitu harta dibeli bersama semasa dalam perkahwinan.

Pengisian khutbah itu turut merangkumi ingatan kepada pasangan agar bertenang, meredakan perasaan marah, menghilangkan tekanan fikiran sebelum melafazkan ‘cerai’. - Gambar fail
Pengisian khutbah itu turut merangkumi ingatan kepada pasangan agar bertenang, meredakan perasaan marah, menghilangkan tekanan fikiran sebelum melafazkan ‘cerai’. - Gambar fail

Kebiasaannya semua tuntutan ini, katanya, memakan masa lama sebelum dapat diselesaikan kerana ramai memilih mengabaikan tanggungjawab, dengan ada kala dipengaruhi perasaan mahu membalas dendam, lanjutan kepada pertelingkahan yang berlaku.

Justeru, tegasnya, pasangan dinasihatkan jangan terlalu mudah melafazkan perkataan cerai mengikut kehendak hati dan perasaan.

“Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Perak menetapkan setiap perceraian hendaklah melalui proses permohonan di Mahkamah Syariah. Kegagalan mematuhinya dengan bercerai tanpa permohonan ke mahkamah, menjadi kesalahan yang boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Peraturan dan undang-undang yang digubal bertujuan menyelamatkan perkahwinan serta mengurangkan berlakunya cerai, terutama perceraian tidak wajar yang berlaku atas alasan remeh atau tidak munasabah mengikut syarak.

“Permohonan cerai di mahkamah, membolehkan usaha perdamaian atau sulh dirintis, di samping membolehkan hakim memberi ruang kepada pasangan menyuarakan sebab dipohon penceraian. Hakim akan berusaha memberikan keputusan adil selepas diyakinkan bahawa sudah tidak ada jalan lain, kecuali penceraian untuk mengatasi masalah yang melanda rumah tangga,” katanya.

Pengisian khutbah itu turut merangkumi ingatan kepada pasangan agar bertenang, meredakan perasaan marah, menghilangkan tekanan fikiran sebelum melafazkan ‘cerai’.

Menurutnya, pasangan perlu terlebih dahulu memikirkan saluran ‘menyelamat’ yang disediakan di pejabat agama mahu pun di Mahkamah Syariah.

Cerai yang dilakukan secara gopoh dan terburu-buru tanpa pertimbangan wajar, katanya, akan menyebabkan penyesalan.

Selain itu, khutbah itu memaklumkan, masyarakat harus faham, nikah amat digalakkan syarak, sedangkan cerai tanpa sebab munasabah, sangat tidak digalakkan kerana memberi banyak kesan tidak baik kepada pasangan, ahli keluarga serta orang sekeliling.

Perceraian, katanya, boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pertama cerai tidak wajar dilakukan atau tidak digalakkan, manakala kedua, cerai yang wajar kerana keadaan tidak dapat dielakkan.

“Cerai tanpa sebab munasabah, dihukum makruh, bahkan haram jika menyebabkan penganiayaan kepada pasangan.

“Namun cerai dihukum sunat bagi yang sudah tiada persefahaman, apatah lagi boleh menyebabkan mudarat jika tidak bercerai.

“Kadangkala cerai dihukum wajib, sebagai contoh apabila pasangan tersalah bernikah dengan mahramnya (iaitu orang yang haram dikahwini),” katanya.

Pada sama sama, khutbah itu menyeru agar masyarakat tetap berpegang kepada aqidah Islamiah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi warisan Rasulullah SAW, sahabat dan tabiin.

“Jagalah hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Makmurkan rumah Allah SWT dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutama solat fardu berjemaah.

“Perbanyakan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya. – Getaran, 9 Jun 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad