web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masalah Sudah Selesai, Tiada Keperluan DAP Minta Maaf Kepada UMNO – Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 8:14PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mendesak DAP memohon maaf lebih lanjut kerana perkara itu sudah pun diselesaikan dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang media semasa perhimpunan agung sayap parti itu hari ini, Ahmad Zahid menolak dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini menggesa DAP memohon maaf secara terbuka kepada parti terbabit berhubung kritikan yang dilemparkan apabila kedua-dua parti berkenaan bertelagah.

“Perkara ini (mohon maaf kepada UMNO daripada DAP) tidak sepatutnya dibangkitkan lagi. Tidak perlu mengulangi isu yang sudah dipersetujui.

“Dalam perbincangan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, ini (mohon maaf DAP) adalah antara syarat utama kami tetapkan dan mereka bersetuju 100 peratus,” katanya ketika diminta pemberita untuk mengulas mengenai dakwaan Dr Akmal.

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar oleh Alif Omar
Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar oleh Alif Omar

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, ahli akar umbi UMNO tidak boleh terpengaruh dengan pihak yang tidak senang dengan kewujudan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Bagi akar umbi, kita ada teknik tertentu untuk menjelaskan (peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan). Saya percaya kami sudah memaklumkan perkara itu kepada ahli dengan jelas,” katanya.

Dalam ucapan dasar kepada ribuan perwakilan Pemuda UMNO, Dr Akmal mencadangkan agar DAP memohon maaf kepada parti itu atas sebarang penghinaan dilakukan parti terbabit pada masa lalu.

Beliau berkata, tindakan itu akan ‘melembutkan hati’ penyokong UMNO, memandangkan pilihan raya di enam negeri akan diadakan tidak lama lagi.

Sambil menunjukkan bagaimana Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebelum ini memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan kerajaan negeri atas sebarang kenyataan menyinggung dikeluarkan ahli partinya, Akmal berkata, UMNO harus diberi pertimbangan sama.

Komedi Jocelyn Chia: biar pihak berkuasa uruskan

Jocelyn Chia
Jocelyn Chia

Sementara itu, Ahmad Zahid juga berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat persembahan komedi pelawak Jocelyn Chia yang mempersendakan rakyat Malaysia dan tragedi MH370.

“Kami akan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memulakan siasatan serta mengambil tindakan perlu,” katanya ringkas.

Klip video persembahan komedi Chia baru-baru ini, tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan bahasa kesat digunakan penghibur terbabit.

Pemuda UMNO juga berhasrat turun ke jalanan esok bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap jenaka Chia, dengan menyerahkan surat bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini. – The Vibes, 8 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan