web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPM 2022: 10 MRSM Catat Rekod Pencapaian Cemerlang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 5:04PM

24 MRSM berjaya mencapai KPI Gateway to Holistic Education 2021-2025 Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dengan memperoleh GPM kurang daripada 2.50. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menunjukkan peningkatan prestasi indeks Gred Purata Maktab (GPM) kepada 2.485, berbanding 2.536 pada 2021.

Unit Ujian dan Peperiksaan Bahagian Pendidikan Menengah MARA menerusi kenyataan memaklumkan, nilai GPM lebih kecil menunjukkan pencapaian pelajar yang lebih baik.

Katanya, keputusan dengan 100 peratus calon layak menerima sijil peperiksaan itu juga, menyenaraikan 10 institusi pendidikan berkenaan sebagai MRSM terbaik, iaitu MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang; MRSM Langkawi, Kedah; MRSM Tun Abdul Razak, Pahang; MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka dan MRSM Johor Bahru, Johor dengan GPM kurang daripada 2.0.

Selain itu, kenyataan terbabit memaklumkan, MRSM lain yang mencatatkan GPM kurang daripada 2.0 berkenaan adalah MRSM Alor Gajah, Melaka; MRSM Pasir Tumboh, Kelantan; MRSM Sungai Besar, Selangor; MRSM Taiping, Peral dan MRSM Kota Putra, Terengganu.

Manakala, katanya, 24 MRSM berjaya mencapai KPI Gateway to Holistic Education 2021-2025 Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dengan memperoleh GPM kurang daripada 2.50.

“Seramai 7,899 calon dari 55 MRSM di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

“Pencapaian peperiksaan itu juga menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan bilangan calon memperoleh semua A+ adalah seramai 30 dan bilangan calon memperoleh semua A (A+, A dan A-), seramai 953 orang berbanding 904 orang pada tahun 2021.

“Terdapat peningkatan Gred Purata Subjek (GPS) bagi subjek teras Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sejarah,” katanya.

Bagi subjek teras Matematik, MRSM Tun Abdul Razak mencatatkan keputusan 100 peratus A.
Bagi subjek teras Matematik, MRSM Tun Abdul Razak mencatatkan keputusan 100 peratus A.

Kenyataan sama memaklumkan, bagi Bahasa Inggeris, sebanyak 30 MRSM berjaya mencapai KPI BPM dengan peratusan pelajar memperoleh lebih daripada 81 peratus Gred Kepujian Tertinggi (Gred B+).

MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor, katanya, mencatatkan 100 peratus A bagi subjek Bahasa Inggeris, manakala MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan; MRSM Kepala Batas; MRSM Tun Dr Ismail, Johor; MRSM Semporna, Sabah dan MRSM Pasir Tumboh, mencatatkan 100 peratus A untuk Pendidikan Islam.

Bagi subjek teras Matematik, ujarnya, MRSM Tun Abdul Razak mencatatkan keputusan 100 peratus A.

“Pencapaian subjek STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) juga menunjukkan peningkatan GPS bagi Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal serta Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

“Subjek elektif seperti Prinsip Perakaunan dan Bahasa Arab juga menunjukkan peningkatan GPS.

“MRSM Kota Putra mencatatkan keputusan 100 peratus A bagi Bahasa Arab,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan, berbekalkan kekuatan mental, fizikal, emosi dan semangat juang tinggi serta sokongan daripada pelbagai pihak, calon SPM 2022 di MRSM menduduki peperiksaan dengan jayanya.

Jelasnya, komitmen pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MRSM serta semua warga guru, memainkan peranan besar dalam kejayaan SPM MRSM.

Sinergi semua pihak dalam memastikan segala program disusun berjalan lancar katanya, adalah penyumbang utama kepada kejayaan cemerlang.

“MARA akan terus komited untuk meningkatkan prestasi akademik calon SPM tahun 2023 dan memperkasakan bidang STEM,” katanya.

Keputusan SPM 2022 diumumkan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali hari ini, dengan menyaksikan 10,109 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022 di seluruh negara.

Pencapaian calon SPM pada 2022 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding, 4.86 pada tahun sebelumnya.

Seramai 75,322 calon pula merekodkan pencapaian kepujian, iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran, manakala seramai 342,742 atau 91.6 peratus calon, layak menerima sijil pada kali ini, berbanding 88.1 peratus atau 336,630 calon tahun lepas. – Getaran, 8 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi