web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Berhimpun Di Kedutaan AS Esok, Bantah Tindakan Pelawak Jocelyn Chia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 4:50PM

Jocelyn Chia - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menggesa rakyat Malaysia turun ke jalanan untuk menyuarakan rasa terkilan mereka terhadap tindakan pelawak Jocelyn Chia yang mempersendakan rakyat Malaysia dan tragedi MH370.

Bercakap semasa perhimpunan agung sayap parti itu hari ini, ketuanya, Muhamad Akmal Saleh berkata, sayap tersebut tidak akan mengabaikan penghinaan yang dilemparkan oleh wanita kelahiran Singapura itu semasa persembahannya di sebuah kelab di New York, Amerika Syarikat (AS).

Klip video rancangan itu baru-baru ini tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kata-kata kesat digunakan Chia selain turut menyindir kehilangan pesawat MH370.

Muhamad Akmal Saleh
Muhamad Akmal Saleh

“Saya sudah pun mengarahkan Exco Pemuda UMNO untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Kami juga merancang untuk berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini kira-kira jam 2.30 petang esok untuk menyerahkan surat menyatakan ketidaksetujuan kami (terhadap tindakan Chia).

“Jika kamu cukup berani, kami akan jumpa kamu di kedutaan esok,” kata Akmal disambut sorakan dan tepukan daripada ribuan perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menjelaskan bahawa protes itu akan diadakan di Kedutaan AS memandangkan Chia bukan lagi warga Singapura, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia melarang wanita berkenaan daripada menjejakkan kaki di negara ini.

Awal hari ini, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon menzahirkan kekecewaannya terhadap perbuatan Chia dengan menyatakan ia tidak membantu hubungan dua hala antara negara itu dan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turut meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan wanita itu dengan mendakwa perbuatannya langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa MH370. – The Vibes, 8 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad