web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muncul Dengan Single Terbaharunya, Noryn Aziz Akui 'Kau' Sesuai Dijadikan Lagu Wedding Bertempo Pantas 

Noryn juga mengakui jika sesebuah karya lagu itu bagus, ia tidak memerlukan elemen gimik atau tular untuk melariskan atau mempopularkan lagi di pasaran. 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 12:22PM

Noryn Aziz - Gambar PR 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada sebab mengapa penyanyi Noryn Aziz tidak terburu-buru untuk mengeluarkan single terbaharu sejak menjuarai program realiti TV popular, Gegar Vaganza pada musim kelima pada 2018. 

“Saya terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesebuah lagu. Boleh jadi saya adalah seorang yang overthinking. 

“Cuma, saya fikir it doesn’t matter anymore. Oleh kerana harus memandang kepada bajet untuk melahirkan lagu, saya jadi lebih teliti. Saya selalu mementingkan mengenai kualiti sesebuah lagu,” ulasnya. 

'Kau' adalah ciptaan Indra serta Noryn sendiri.
'Kau' adalah ciptaan Indra serta Noryn sendiri.

Namun akhirnya, Noryn Aziz atau nama sebenar Norazmahwati Abd Aziz, 47, telah berjaya melancarkan single terbaharunya berjudul `Kau' hasil ciptaan sepenuhnya oleh Indra dan dirinya sendiri.

“Untuk lagu Kau, saya dah rakam dua kali dengan feel yang berlainan. Satu arrangement R&B jazz dan disko funk. Apabila diamati R&B  jazz adalah agak berat untuk pasaran semasa. 

“Apa pun, saya berpuas hati dengan feel akhir lagu ini dengan memilih disko funk yang lebih segar dan lebih mudah diterima peminat dan pencinta muzik tanah air. Bagi saya, lagu Kau dengan rentak disko funk ini lebih ‘fun’ dan segar,” katanya.

Noryn berkata dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya untuk mempromosikan lagu Kau.
Noryn berkata dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya untuk mempromosikan lagu Kau.

Berkongsi mengenai Kau dengan lebih lanjut, Noryn menjelaskan, lagu tersebut mengisahkan mengenai cinta dan kebahagiaan.

“Lagu Kau mengisahkan mengenai cinta dan kebahagiaan. Lagu ini sangat sesuai untuk wedding fast song.  Lagu ini saya rakam akhir tahun lalu. 

“Macam dikongsikan, genre Lagu Kau adalah disko funk. Saya memilih ‘arrangement’ ini supaya lebih dekat dengan pasaran muzik semasa. Dalam masa sama, saya ingin melahirkan sesuatu yang ‘fresh’ dan baru untuk pasaran industri tempatan.

“Jadi, saya berharap lagu ini akan diterima baik peminat. Selain itu, mereka dapat mengenali saya melalui lagu ini. Paling penting sebenarnya, saya mahu pendengar enjoy menyanyikan lagu ini,” katanya.

'Kau' mengisahkan mengenai cinta dan kebahagiaan.
'Kau' mengisahkan mengenai cinta dan kebahagiaan.

Noryn juga mengakui bahawa jika sesebuah karya lagu itu bagus, ia tidak memerlukan elemen gimik atau tular dapat melariskan atau mempopularkan lagi di pasaran. 

“Dalam perkara ini, ia bergantung kepada jenis gimik atau viral tersebut. Saya lebih mementingkan kepada sesuatu yang bertahan lebih lama. Macam saya secara peribadi, slow and steady. Apa pun kualiti adalah lebih diutamakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noryn berkata dia mahu memberi fokus sepenuhnya untuk mempromosikan lagu Kau.

“Buat masa ini saya ingin menumpukan sepenuhnya dengan promosi lagu Kau. Namun, saya juga sedang dalam proses untuk mencari bakat baru untuk berduet dengan saya untuk single seterusnya,” katanya. – Getaran, 6 Jun 2023 



 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad