web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Milik Kedah: ‘Kementerian Serah Kepada AGC, PDRM Untuk Siasat’ – Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 5:53PM

Fahmi Fadzil - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung dakwaan hasutan membabitkan kenyataannya mengenai Pulau Pinang.

“Di bawah undang-undang, AGC dan polis diberi kuasa untuk menyiasat dan saya pasti mereka akan mengambil tindakan jika ada asasnya,” kata Fahmi sambil menambah orang ramai boleh menggunakan saluran berkaitan bagi mengemukakan aduan.

Beliau merujuk kepada beberapa laporan polis dibuat terhadap Muhammad Sanusi kerana didakwa menghasut, selepas kenyataannya bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Muhammad Sanusi semalam berkata, beliau tidak kisah jika laporan polis dibuat terhadapnya dan pihak berkuasa dialu-alukan untuk menyiasat.

Beliau turut mengulangi bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah dan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda, bagi disesuaikan dengan penemuan dibuat ahli sejarah serta pakar bidang di Kedah.

Tegas Muhammad Sanusi, Pulau Pinang adalah milik Kesultanan Kedah dan pihak terbabit yang mengasaskan negeri berkenaan, selain menekankan dakwaan bahawa ia dijajah selama hampir 200 tahun secara salah.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol membuat laporan terhadap Muhammad Sanusi di balai polis berhampiran Bandar Perda di Bukit Mertajam.

Terdahulu, Fahmi menghadiri Majlis Kita MADANI di Dataran Tulip di Midtown Perda, Tasek Gelugor di sini.

Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama pelbagai agensi di bawahnya, menetapkan 1,878 lokasi untuk melancarkan komuniti berkonsepkan MADANI supaya rakyat lebih memahami prinsipnya.

Katanya, program MADANI akan dijalankan di kebanyakan lokasi, bukan hanya di bawah pembangkang. – The Vibes, 3 Jun 2023

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad