web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KSM, JAKOA Terus Rancang Laksana Program TVET Tingkat Taraf Orang Asli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 3:03PM

KSM dan JAKOA) terus merancang serta melaksanakan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi membantu meningkatkan taraf hidup komuniti Orang Asli. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus merancang serta melaksanakan pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi membantu meningkatkan taraf hidup komuniti itu.

Menerusi kenyataannya, KSM berkata, program itu akan dilaksanakan secara jangka pendek dan jangka panjang.

Katanya, antara usaha itu adalah menerusi penganjuran program TVET dan Kerjaya Orang Asli yang dilaksanakan KSM dengan kerjasama JAKOA hari ini, selaras sambutan hari TVET pada 2 Jun setiap tahun.

“Program bertempat di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sungai Siput, Perak itu, adalah inisiatif Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti Orang Asli dalam bidang TVET.

“Penganjurannya juga bertujuan mempromosikan pelbagai kemahiran berasaskan TVET untuk membantu meningkatkan sosio-ekonomi komuniti Orang Asli,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan terbabit memaklumkan, program itu dapat memberikan peluang latihan dan kerjaya berasaskan TVET kepada golongan sasaran, di samping mendapatkan maklumat profil (profiling) komuniti Orang Asli yang berminat menyertai pendidikan dalam bidang kemahiran berkenaan.

“Program ini adalah platform penting untuk membentuk kemahiran diperlukan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan perubahan teknologi di pasaran kerja.

“Usaha ini adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi yang menjadi fokus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), melalui Agenda Pemerkasaan TVET negara,” katanya.

Menurutnya, peserta program itu, terutama golongan belia dalam komuniti Orang Asli diberikan pendedahan kepada pelbagai bidang kemahiran berasaskan TVET, seperti teknologi elektrik, pemasangan perancah (scaffolding), kulinari dan pastri, solekan dan dandanan rambut serta penghasilan kraftangan.

“Mereka berpeluang menggunakan peralatan dan kelengkapan latihan dibawa pempamer untuk meningkatkan kefahaman serta minat mereka dalam bidang terbabit,” katanya.

Program itu membabitkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), syarikat swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, program itu membabitkan pengamal industri, badan professional, badan kawal selia TVET dan ikon TVET yang turut serta bagi menjayakannya. – Getaran, 3 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad