web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teliti Semula Syarat Tetapkan Pemaju Perumahan Sedia Rumah Mampu Milik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 5:27PM

Anwar ketika meninjau ruang tamu unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI Dalur selepas Majlis Penyerahan Kunci, di sini hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneliti semula syarat yang menetapkan pemaju perumahan untuk menyediakan kediaman mampu milik dalam setiap projek mega yang dibangunkan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu perlu memandangkan syarat yang ditetapkan iaitu membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan tidak mengikut jadual dan skala yang ditetapkan.

“Ini memang dasar sedia ada, tetapi ia tidak menepati dari segi kelajuan dan skala yang ditetapkan.

“Sebab itu saya minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk melihat semula dan mengenakan syarat baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI Dalur, di sini hari ini.

Anwar berkata setiap pemaju perumahan perlu mematuhi syarat tersebut bagi memastikan setiap projek perumahan mega turut menyediakan rumah mampu milik agar golongan berpendapatan sederhana mampu memiliki kediaman sendiri.

Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan swasta untuk membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah mampu milik dalam projek perumahan mega sejak 1981.

Anwar berkata pembinaan rumah mampu milik amat bermakna kepada golongan berpendapatan sederhana kerana isu pemilikan rumah merupakan masalah yang menekan golongan itu.

Menurutnya, kira-kira 200,000 unit rumah berharga RM300,000 dan ke bawah diperlukan bagi memenuhi permintaan perumahan penjawat awam di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kejatuhan mata wang ringgit ketika ini bukan disebabkan Malaysia tidak mempunyai 'Menteri Kewangan sepenuh masa'. 

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan PAS,” katanya mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Mohd Syahir Che Sulaiman yang mendakwa bahawa kejatuhan ringgit disebabkan Malaysia tidak memiliki Menteri Kewangan sepenuh masa.

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata penyusutan nilai ringgit sejak Februari 2023 adalah rentetan daripada pelbagai krisis yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan keadaan itu berada di luar kawalan kerajaan.

Sejak awal 2023, menurut Rafizi AS menghadapi beberapa isu antaranya keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan kini persetujuan yang belum dicapai berhubung had paras hutang negara. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad