web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Daging Babi Import Bernilai Ratusan Ribu Tanpa  Permit Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 5:19PM

MAQIS telah merampas 24 tan daging babi sejuk beku bernilai RM180,000 yang tidak mematuhi syarat permit import. - Gambar dari MAQIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cubaan pengimport membawa masuk 24 tan daging babi sejuk beku bernilai RM180,000 gagal, selepas ia ditumpaskan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Klang Barat, baru-baru ini. 

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging babi sejuk beku itu dikesan cuba dibawa masuk ketika pihaknya melaksanakan pemeriksaan rutin ke atas sebuah kontena pada jam 10 pagi hari kejadian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dijalankan mendapati, kontena yang membawa barang dagangan haiwan itu, tidak mematuhi syarat permit import dikeluarkan MAQIS. 

“Pengimport yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan label loji penyembelihan dengan diiktiraf pada bungkusan dagangan terbabit, seperti mana dinyatakan di dalam syarat permit import diluluskan. 

“Berikutan itu, kesemua daging babi sejuk beku dianggarkan 24 tan bernilai RM180,000.00 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Sobri berkata, kegagalan mematuhi syarat ditetapkan pada Permit Import MAQIS menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. 

Pada masa sama, jelasnya, individu didapati bersalah juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2), akta sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“MAQIS sentiasa memastikan produk keluaran pertanian yang diimport adalah daripada loji diiktiraf. 

“Ini bagi memastikan sumber makanan dibawa masuk ke dalam negara adalah bebas dari segala risiko penyakit serta berkualiti tinggi,” katanya. - Getaran, 27

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam