web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Wartawan: Pengamal Media Diberi Pengiktirafan Baca Khutbah Jumaat Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 11:31AM

Sultan Nazrin Shah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) esok, penggiat bidang itu bakal menerima penghargaan cukup bermakna apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memperkenankan pengamal media di negeri berkenaan diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat esok.

Perkenaan diberikan Sultan Nazrin itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini menerusi kenyataan.

Katanya, detik bersejarah yang akan menyaksikan mereka membaca khutbah di beberapa masjid di Perak itu, sebagai mengiktiraf peranan penting golongan terbabit kepada negara.

“Baginda menitahkan supaya khutbah Jumaat di Perak pada 26 Mei (esok) bertemakan ‘Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-Nilai Islam’.

“Baginda turut memperkenankan pengamal media diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid di Perak pada 26 Mei (esok),” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Penyiaran Negeri Perak dan Persatuan Pengamal Media Perak sudah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), bagi mendapat tauliah sementara untuk membaca khutbah di tiga masjid di negeri berkenaan.

“Sultan Nazrin Shah turut memberi perkenan kepada Editor Rencana Agama dan Sastera Berita Harian, Mohd Nazmi Yaacob untuk membaca khutbah Jumaat di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II), esok.

“Wartawan Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad pula akan membaca khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, manakala Penerbit Rancangan RTM Perak, Mohd Fahmi Mohd Nor akan menyampaikan khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh,” katanya.

Bakal berlangsung di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei ini, HAWANA bukan sahaja hari istimewa bagi menghargai media, tetapi peluang kepada pengamal media untuk bertemu dan beramah mesra, selain bertukar pandangan serta mengadakan perbincangan bersama masyarakat tempatan.

Acara itu bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

Pelbagai program menarik berbentuk karnival akan diadakan sepanjang tiga hari acara itu yang turut bakal membabitkan pelbagai agensi keusahawanan dan pelancongan di negeri berkenaan, bagi mempromosikan produk masing-masing.

Majlis Kemuncak Hawana akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei. – Getaran, 25 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad