web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Komersial Digesa Memaksimumkan Usaha Mengembangkan Perniagaan di LIMA'23 - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 7:10AM

Anthony Loke melawat reruai di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) - Gambar Facebook Ministry of Transport Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kementerian Pengangkutan (MOT) menggesa pemain-pemain komersial dalam industri maritim dan aeroangkasa untuk menggunakan platform Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) bagi memaksimumkan usaha mengembangkan perniagaan mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya yakin LIMA ’23 berkeupayaan untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan bagi industri maritim dan aeroangkasa di peringkat tempatan dan global.

Beliau berkata kerajaan sentiasa menyediakan peluang kepada pemain industri untuk bertemu dengan pemain industri lain melalui acara tersebut.

"Semasa anda berada di sini, anda perlu memaksimumkan kewujudan anda di LIMA '23 dengan bertemu kenalan yang sesuai untuk perniagaan anda," katanya ketika berucap di majlis makan malam LIMA '23 yang dihoskan oleh kementerian di sini malam tadi.

Beliau berkata terdapat pelbagai aktiviti di pavilion MOT di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) seperti ceramah mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan industri maritim dan aeroangkasa, majlis menandatangani memorandum persefahaman, ceramah kerjaya dan pameran produk.

“Pavilion MOT adalah salah satu platform yang menggambarkan Malaysia sebagai titik pertemuan timur dan barat bagi hab perniagaan maritim dan aeroangkasa komersial,” katanya.

Loke berkata MOT mempromosikan segmen komersial untuk industri maritim dan aeroangkasa yang dianggarkan meliputi kira-kira 40 peratus daripada LIMA ’23, yang menumpukan pada produk dan perkhidmatan teras, perkhidmatan sampingan, kemajuan teknologi terkini, pendidikan dan peluang kerjaya.

Mengenai penyertaan pihak berkepentingan tempatan daripada maritim komersial dan aeroangkasa, beliau berkata kementerian gembira dengan tahap penyertaan mereka kerana ia sejajar dengan Dasar Pengangkutan Negara, iaitu untuk meluaskan jejak Malaysia di arena global serta mempromosikan pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan pengangkutan Malaysia.

LIMA '23, bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” (23-27 Mei), dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan 250,000 pelawat awam.

Acara dwitahunan itu disertai lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat sektor komersial dan 284 syarikat yang terlibat dalam kedua-dua sektor.

Acara itu juga menyaksikan kehadiran 18 negara dengan pavilion mereka, iaitu Australia, China, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, Türkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad