Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Charles Santiago Mohon Maaf Kepada Zakir Naik

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 5:35PM

Dr Zakir Naik - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini memohon maaf kepada pendakwah, Dr Zakir Naik berhubung kenyataan beliau pada 25 November 2019 yang mengaitkannya dengan kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Permohonan maaf itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal hari ini, yang mendapati Charles telah memfitnah Zakir.

Kenyataan itu dibuat ketika Charles memberi ceramah bertajuk "Liberation Tigers of Tamil Eelam", yang mengaitkan Zakir dengan penahanan besar-besaran 12 individu, didakwa memiliki kaitan dengan LTTE.

Charles Santiago - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Charles Santiago - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kenyataan fitnah itu diterbitkan pada 26 November 2019 di portal Free Malaysia Today di bawah tajuk 'Critcism of Zakir Naik may have led to LTTE arrest says MP’.

Zakir memfailkan tuntutan fitnah terhadap Charles berhubung dua kenyataan awam yang dibuat oleh defendan, yang didakwa plaintif sebagai fitnah dan mencemarkan imejnya.

Charles pada 13 Ogos 2019 turut mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kuliah Zakir di Kelantan pada 8 Ogos 2019 bertajuk "The misconception of Islam by the non-Muslims".

Mahkamah mendapati Charles tidak memfitnah Zakir dalam kenyataan akhbarnya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, defendan memang membuat kenyataan yang didakwa dan ini dibuat dalam domain awam dan ditujukan kepada plaintif.

“Mahkamah melihat kenyataan itu dari konteks keadaan ia dibuat.

“Dalam pandangan mahkamah, topik itu sendiri tidak sesuai dalam konteks Malaysia kerana tiada apa-apa yang menunjukkan wujudnya salah anggap yang meluas terhadap Islam oleh orang bukan Islam di Malaysia.

"Mahkamah merasakan ini adalah topik yang tidak perlu untuk dibahaskan di Malaysia," katanya.

Mahkamah menyatakan, dalam ceramah di Kelantan, majoriti pendengar adalah beragama Islam dan bersetuju dengan defendan bahawa ia boleh mencetuskan sentimen agama dan menimbulkan ketegangan pelbagai agama di negara ini.

“Mahkamah kemudiannya menyatakan bahawa kenyataan terhadap kaum India di Malaysia telah melanggar maksud topik plaintif yang salah anggap terhadap Islam.

"Kenyataan ini tidak mempunyai kaitan dengan topik itu dan dakwaan plaintif bahawa kenyataan itu diambil di luar konteks adalah salah faham,” katanya.

Mahkamah juga menyatakan plaintif turut membuat kenyataan mengenai orang Cina di Malaysia.

Mahkamah bersetuju dengan kenyataan akhbar defendan bahawa kenyataan plaintif boleh menjadi ancaman kepada Malaysia dan menyatakan bahawa kenyataan plaintif mendapat teguran daripada Perdana Menteri ketika itu dan ramai ahli politik lain.

“Akhirnya, kenyataan defendan bahawa plaintif dicari oleh India atas dakwaan memerangi keganasan disokong oleh bukti bahawa kerajaan India cuba mengekstradisi plaintif tiga kali dengan meminta Interpol mengeluarkan amaran notis merah,” katanya.

Mengenai kenyataan defendan bahawa plaintif dijauhi oleh banyak negara, termasuk kerajaan United Kingdom (UK), mahkamah berkata, perkara itu diakui sendiri oleh plaintif dalam ucapannya di Kelantan.

Begitu juga, plaintif tidak dialu-alukan di Bangladesh seperti yang dilaporkan dalam berita.

“Oleh itu, keputusan mahkamah dalam kes ini bahawa kenyataan defendan tidak berunsur fitnah dan sebenarnya adalah wajar dan satu kenyataan yang adil.”

Akhtar membuat kesimpulan bahawa Zakir hanya berhak untuk menerima permohonan maaf daripada Charles, bukannya ganti rugi.

Hakim kemudiannya memanggil Charles dan Zakir untuk tampil dan meminta defendan memohon maaf secara terbuka kepada plaintif berhubung kenyataan LTTE.

“Saya memohon maaf atas kenyataan kedua,” kata Charles.

Bagaimanapun, Charles kemudiannya memberitahu The Vibes bahawa permohonan maafnya kepada Zakir bukan dibuat "atas kehendaknya sendiri", sebaliknya dilakukan atas perintah mahkamah.

“Apabila hakim meminta saya tampil memohon maaf kepada (Zakir), saya meminta nasihat peguam saya tetapi hakim memberitahu bahawa saya tidak boleh mendapatkan nasihat peguam kerana saya perlu mendengar perintah mahkamah.

"Saya akur dengan penghakiman itu memandangkan saya tidak mahu menghina mahkamah, tetapi perlu diketahui bahawa saya memohon maaf kerana arahan daripada hakim, bukan atas kehendak baik saya sendiri,” katanya.

Zakir berkata, beliau menerima permohonan maaf itu.

Hakim juga memutuskan bahawa setiap pihak harus menanggung kos perundangan mereka sendiri.

Peguam Akberdin Abdul Kader mewakili Zakir, manakala Charles diwakili peguam S.N. Fam. - The Vibes, 22 Mei 2023

Sorotan

1

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

2

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

3

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

5

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

6

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

7

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

Semasa 5 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Semasa 21 jam yang lalu

Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

oleh Diyana Nawwar