web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Everest Tawan Kita Tahun Ini' - Ravichandran Sebak Insiden Menimpa Pendaki Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 4:45PM

T. Ravichandran (dua, kiri) disambut isterinya Leela Ramamurthy sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - "Selalu kita yang tawan Gunung Everest tetapi tahun ini Everest yang tawan kita," kata pendaki solo negara, T Ravichandran dalam nada sebak mengimbau pengalamannya bersama Allahyarham Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub dan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang.

Allahyarham Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia pada Jumaat lepas (19 Mei) selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest manakala Muhammad Hawari, 33, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848 meter.

"Tahun ini adalah kali kedua kami berjumpa dalam misi menawan Gunung Everest. Kali ini saya berada di hadapan mereka dan saya turun dari Gunung Everest menempuhi cabaran getir dalam keadaan cuaca ekstrem,” katanya kepada pemberita  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini, sebaik tiba dari Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023.

Menurut Ravichandran pada 17 Mei dia berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan mengibar Jalur Gemilang dan bendera penaja di atas gunung itu namun ketika turun dari Gunung Everest pada 18 Mei untuk menawan Gunung Lhotse (gunung keempat tertinggi dunia dengan ketinggian 8,516 meter) dia terpaksa diselamatkan dan dibawa ke Kathmandu untuk rawatan kerana kecederaan jari akibat radang dingin.

Sebagai rekod, misi Ravichandran, 58, dalam Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 ialah untuk melakar rekod sebagai pendaki pertama Malaysia menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarkan bendera di puncak Gunung Everest dalam tempoh 24 jam.

Kejayaan menawan Gunung Everest kali ini merupakan kali yang keempat buat Ravichandran.

Muhammad Hawari Hashim
Muhammad Hawari Hashim

Mengenai nasib dua pendaki Malaysia itu, Ravichandran berkata: "Tanpa saya sedar (rupanya) Awang Askandar dan Muhammad Hawari juga menghadapi masa yang sukar. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka”.

Muhammad Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah dalam misi Malaysia Everest 2023.

Menurutnya walaupun berbeza pasukan dengan Allahyarham Awang Askandar dan Muhammad Hawari namun mereka sering berjumpa di Everest Base Camp (EBC) untuk rehat dan minum bersama.

"Pendaki biasanya mesra apatah lagi dalam keadaan lima sahaja orang Malaysia, oleh itu kita sangat rapat macam keluarga tidak kira bangsa, agama dan faktor usia. Pada hari menghala ke puncak Everest, Muhammad Hawari bersama saya dari Khemah 1 ke Khemah 2. Beliau seorang yang baik, walaupun bisu dan pekak namun setiap kali jumpa, kita selalu memulakan dengan pelukan dan ketuk kepala masing-masing," katanya menitiskan air mata.

Ravichandran mendoakan agar Muhammad Hawari dapat dijumpai walaupun misi pencarian agak mencabar dengan faktor cuaca.

Beliau berkata insiden kali ini memberi impak mendalam kepada mentalnya namun beliau berharap generasi muda tidak takut dengan dunia pendakian yang sentiasa penuh cabaran dan risiko.

"Everest menawan kita tahun ini...tahun lepas kita balik dengan bangga namun tahun ini berbeza kerana kehilangan nyawa, setakat ini mencatat 10 orang termasuk pendaki dari Malaysia iaitu Awang Askandar berbanding tiga orang pada tahun lepas. Luka tahun ini agak mendalam dari segi mental," katanya.

Menurut Ravichandran setiap kesilapan dan kekalahan yang dialami pendaki Everest Malaysia perlu dikaji semula antaranya faktor cuaca, teknikal dan latihan untuk mengurangkan risiko dalam misi menawan gunung tertinggi di dunia itu.

"Orang selalu fikir dana sahaja penting tetapi bukan, kerana banyak aspek perlu diurus dengan tepat untuk mengurangkan risiko. Kita kena mengambil inisiatif dengan serius dan tidak pandang rendah pada risiko ketika misi menakluk Gunung Everest," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar