web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air: PBAPP Perlu Perkasa Pengurusan Krisis, Perancangan Luar Jangka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 8:16PM

Lim Guan Eng berkata, gangguan berkenaan menimbulkan kesengsaraan kepada ratusan ribuan pengguna di beberapa kawasan di Pulau Pinang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) digesa menambah baik pengurusan krisis dengan segera dan melaksanakan perancangan luar jangka selepas gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, baru-baru ini.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, gangguan berkenaan menimbulkan kesengsaraan kepada ratusan ribuan pengguna di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

“Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan pasukannya perlu bekerja keras untuk mendapatkan semula keyakinan pengguna terhadap keupayaan mereka untuk membekalkan air dengan stabil. 

“Walaupun gangguan mendadak dalam bekalan air tidak dapat dielakkan, pengurusan krisis yang betul dan perancangan kontingensi profesional untuk mengurangkan kesan buruk mesti dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, PBAPP memberi amaran berhubung gangguan bekalan air minggu ini, yang dikatakan akan menjejaskan ratusan ribu pengguna di Seberang Perai dan Pulau Pinang.

PBAPP menerusi kenyataan berkata, gangguan itu berpunca daripada penurunan paras air di Sungai Muda secara mendadak yang mengakibatkan loji rawatan air utama tidak dapat menghasilkan jumlah air terawat secara normal.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, gangguan bekalan air terbaharu itu disebabkan ketidakupayaan PBAPP untuk mendapatkan dan merawat air dari Sungai Muda di Kedah dengan cekap, yang membekalkan air kepada 80 peratus penduduk Pulau Pinang.

Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan, Empangan Mengkuang yang juga rizab air kecemasan seharusnya memberi jaminan bekalan air jika negeri berkenaan menghadapi kemarau yang teruk.

“Walaupun tiada hujan di Pulau Pinang selama setahun, Empangan Mengkuang yang diperluaskan akan menampung keperluan air Pulau Pinang (20 peratus daripada permintaan air di Pulau Pinang).

“Dengan Empangan Mengkuang ketika ini 88 peratus penuh, ia masih boleh menampung sehingga 380 hari keperluan air Pulau Pinang sebanyak 200 juta liter sehari, iaitu lebih setahun,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng memaklumkan, masalah yang dihadapi ketika ini bukan kerana tiada hujan di Pulau Pinang, namun disebabkan bekalan air mentah yang terputus secara tiba-tiba di Sungai Muda.

Jelasnya, pembinaan paip baharu boleh memindahkan 1,000 liter air ke Loji Rawatan Air Sungai Dua juga perlu dilaksanakan segera pembinaannya oleh pihak berkaitan.

“Perkara yang tidak dijangka itu berlaku berulang kali kebelakangan ini. Sekiranya Sungai Muda kering selama beberapa hari, dari manakah kita mendapat 80 peratus keperluan air Pulau Pinang? Di sinilah Empangan Mengkuang dengan 86,400 juta liter air mentah boleh menampung 1,000 juta liter air mentah setiap hari.

“Mempunyai bekalan air mentah daripada empangan air tidak mencukupi. Kita mesti mempunyai loji rawatan air mencukupi. Kemudian stesen pam air yang diperlukan untuk memastikan tekanan air cukup untuk mencapai rumah pangsa bertingkat tinggi. Kita juga harus membaiki paip bocor untuk mengelakkan kehilangan air,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kesal dengan tindakan pembangkang, khususnya PAS yang cuba mempolitikkan air dengan menyebelahi Kedah menentang Pulau Pinang.

Katanya, sebagai rakyat Pulau Pinang, pelbagai pihak harus mengutamakan kepentingan negeri itu tanpa mengira perbezaan politik.

“Air tidak seharusnya dipolitikkan tetapi dibekalkan kepada semua rakyat Pulau Pinang sebagai hak dan bukan keistimewaan.  Akhirnya, mempunyai bekalan air mentah daripada empangan air tidak mencukupi. 

“Sebarang kegagalan untuk melakukan salah satu daripada langkah penting ini akan menyebabkan beberapa kawasan tidak mempunyai bekalan air. Marilah bekerja ke arah perancangan luar jangka secara profesional dan penyelesaian bersama dalam masalah air,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad