Berita Terkini

2 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 2 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 2 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 2 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 2 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Cubaan Bawa Masuk 10kg Tikus Salai Dari Vietnam Gagal

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 11:09AM

Tikus salai tanpa kebenaran ini cuba dibawa masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), semalam. - Gambar ihsan MAQIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan membawa masuk 10 kilogram (kg) tikus salai tanpa kebenaran tidak berhasil apabila tindakan itu dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Hasil dagangan berkenaan cuba dibawa masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), semalam.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abdul Talib berkata, pihaknya mengesan kesemua tikus salai itu ketika pemeriksaan bagasi menerusi mesin pengimbas terhadap seorang penumpang dari Vietnam.Katanya, kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM1,000.

“Ia berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai Maqis di LTAPP, semalam.

“Hasilan haiwan iaitu tikus salai tersebut dijumpai semasa pemeriksaan bagasi terhadap seorang penumpang dari Vietnam. 

“Kita merampas tikus salai berkenaan selepas mendapati ia dibawa masuk ke negara ini tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“MAQIS sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara,” katanya.

Jelas beliau lagi, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya. – Getaran, 18 Mei 2023

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Koleksi Pride Ada Perkataan LGBTQ Pada Jarum Jam - Saifuddin

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

Semasa 11 jam yang lalu

TPM Fadillah Yakin Mesyuarat Mengenai EUDR Akan Membuahkan Hasil  

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan SPM 2022 Diumum 8 Jun - KPM

oleh Sophia Ahmad