Berita Terkini

15 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 16 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Lebih 10 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Marang

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 12:02PM

Pekerja kontraktor dan penduduk kampung bertungkus lumus membantu membetulkan beberapa buah kanopi yang telah diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di perkarangan Masjid Padang Mengkuang malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Lebih 10 buah rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Padang Mengkuang, Berangan dekat sini, petang semalam.

Seorang mangsa, Ambak Mohd, 79, berkata ketika kejadian pada 3.30 petang itu, dia bersama tiga ahli keluarga yang lain sedang berehat di rumah selepas makan tengah hari.

Ambak berkata tiba-tiba angin kuat membadai rumahnya menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.

"Waktu itu hujan tidaklah terlalu lebat, tetapi angin memang sangat kuat dan bunyi yang kuat agak menakutkan.

"Anak lelaki saya mengarahkan kami semua keluar dari rumah kerana bimbang bumbung tersebut akan menimpa kami," katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.

Sementara itu persiapan rumah terbuka Aidilfitri anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Berhad bersama masyarakat daerah Marang turut terjejas apabila lima khemah besar musnah diterbangkan angin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata selain khemah, pentas utama yang mengambil masa empat jam untuk didirikan juga runtuh dalam sekelip mata.

"Semua kerja pemasangan khemah dan pentas sudah selesai pagi ini (pagi semalam) kerana rumah terbuka Aidilfitri itu petang esok (hari ini).

"Daripada tujuh khemah yang ada, hanya dua boleh digunakan semula. Kami pun terpaksa mengerah lebih ramai tenaga untuk membina semula pentas dan khemah untuk majlis esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di tapak rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Padang Mengkuang.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada petugas yang cedera akibat kejadian tersebut.

"Ada beberapa petugas yang berada di tempat kejadian ketika ribut melanda, tetapi Alhamdulillah semuanya sempat lari dan berlindung di dalam masjid," katanya.

Katanya, semua rumah yang rosak akan dibaiki segera dan bantuan bersesuaian diuruskan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pengkalan Berangan. - Bernama

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

5 Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Sibu

Semasa 1 hari yang lalu

Guna Saluran Rundingan Selesaikan Isu Kedah - Pulau Pinang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 minit yang lalu

Perlu Konsisten Dalam Tingkatkan Kerjasama Untuk Mendepani Krisis Global

Sukan 1 hari yang lalu

Fraidden Dawan Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Phnom Penh