web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kalimah Allah: Mohd Na’im Jamin Dasar Sedia Ada Dilindungi Demi Kesucian Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:46AM

Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa, berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan beberapa perkataan lain dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya juga akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menjaga kemuliaan serta kesucian agama Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga yakin pihak KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum pendirian KDN dalam menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023.

“Titah itu menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap isu terbabit kerana ia berkaitan teknikal perundangan.

“Orang ramai dinasihatkan mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama,” katanya.

Saifuddin Nasution - Gambar fail
Saifuddin Nasution - Gambar fail

Dalam penjelasannya semalam mengenai tindakan kerajaan tidak meneruskan semakan kehakiman kes membabitkan Jill Ireland lawan kerajaan Malaysia yang mencetuskan perdebatan pihak tertentu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil disebabkan berlaku ‘percanggahan’ antara keputusan dibuat Kabinet pada 1986 dengan Arahan Pentadbiran yang kemudiannya, dikeluarkan kementerian itu pada 5 Disember tahun sama.

Tegasnya, percanggahan itu dikesan sewaktu proses permohonan rayuan kes itu sedang berjalan, selain memperhalusi secara teliti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021.

Saifuddin Nasution berkata, untuk makluman, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dibuat dengan menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran, iaitu isu berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu, bukannya dari sudut teologi ataupun apa jua yang melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Pendirian KDN, katanya, adalah menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan, agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuatkuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah. – Getaran, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi