Berita Terkini

2 minit yang lalu: USM kekal kedudukan ke-4 terbaik dunia The Impact Rankings 2023 3 minit yang lalu: Kutipan cukai rendah, IMF gesa Malaysia wujud strategi tambah hasil 4 minit yang lalu: Iran jatuhkan hukuman mati terhadap 173 pesalah atas kesalahan dadah- Amnesty 4 minit yang lalu: Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 25 Julai 1 jam yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu

IKUTI KAMI


Pertikaian PPA: Cahya Mata Phophates Peroleh Injunksi Ex Parte Terhadap SESCO

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 7:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cahya Mata Phosphates Industries Sdn Bhd (Cahya Mata Phosphates) memaklumkan, Mahkamah Tinggi Kuching semalam, memberikannya injunksi ex parte (sebelah pihak), bagi menghalang syarikat SESCO Berhad (SESCO) daripada meneruskan tindakan tertentu berkaitan dengan pertikaian kedua-dua pihak terbabit.

Perintah itu diberikan hingga 25 Mei ini yang ditetapkan untuk sebutan semula inter-parte membabitkan kedua-dua pihak.

“Sebagai gambaran keseluruhan, Cahya Mata Phosphates sudah merujuk pertikaian di bawah Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) bertarikh 15 Januari 2019 kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian PPA yang berkaitan dengan pertikaian mengenai jenis tarif.

“Sebelum ini, Cahya Mata Phosphates menandatangani perjanjian jual beli kuasa bertarikh 3 Februari 2016 (Perjanjian Pertama) dengan SESCO,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini kes berkenaan.

Menurut Cahya Mata Phosphates, perjanjian pertama itu kemudian ditamatkan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan jual beli baharu PPA kuasa elektrik bagi kemudahan pengeluaran fosfat di Sarawak.

Katanya, sejak PPA itu ditandatangani, pembinaan kompleks fosfat berdepan kelewatan ketara, terutamanya semasa tahun 2020 dan 2021, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk sekatan sempadan akibat COVID-19.

Kelewatan ini, jelasnya, disebabkan pelbagai faktor, termasuk penutupan sempadan ketat yang menyekat kemasukan pekerja dari China dan pakar teknikal serta pentauliahan negara lain ke Malaysia.

“Selain itu, aktiviti pra-pentauliahan loji di tapak terpaksa digantung beberapa kali berikutan kewujudan kluster COVID-19.

“Di samping itu, sumber bahan mentah baharu dihalang tunggakan logistik global, terutamanya dalam pengangkutan laut,” katanya.

Pada masa sama, Cahya Mata Phosphates memaklumkan, keterbatasan akibat wabak itu memberi kesan besar kepada pencapaian dinyatakan dalam PPA, berbanding dengan pengkomersilan projek.

“Disebabkan faktor di atas, penyiapan dan pentauliahan loji Cahya Mata Phosphates ditangguhkan.

“Walaupun percubaan untuk menyelesaikan pertikaian itu dilakukan, SESCO berkeras untuk mengenakan Cahya Mata Phosphates tarif berperingkat berbeza yang jauh lebih tinggi daripada apa sepatutnya mengikut situasi semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, ancaman berterusan dibuat SESCO terhadap Cahya Mata Phosphates menyebabkan pihak pengurusan memulakan prosiding timbang tara pada 17 November 2022 dan selepas itu, melalui penimbang tara kecemasan, mendapatkan injunksi interim bagi menghalang SESCO daripada menamatkan bekalan elektrik sehingga 31 Januari tahun ini.

Ujarnya, proses timbang tara adalah dibuat berdasarkan penyelesaian pertikaian di bawah PPA dan penimbang tara kecemasan dilantik AIAC, bagi mengekalkan status quo PPA sedia ada serta menghalang tindakan unilateral sebelah pihak.

Susulan dengan ancaman penamatan oleh SESCO baru-baru ini, tegasnya, Cahya Mata Phosphates sekali lagi pada April lalu, memohon satu lagi timbang tara kecemasan untuk mendapatkan sekatan lanjut daripada SESCO dalam menamatkan kuasa kepada loji itu.

Jelasnya, penimbang tara kecemasan menolak permintaan Cahya Mata Phosphates untuk menghalang SESCO pada 9 Mei 2023.

Akibat keengganan penimbang tara kecemasan untuk memberikan langkah sementara itu, katanya, Cahya Mata Phosphates memulakan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuching pada 10 Mei 2023, bagi mendapatkan injunksi menghalang SESCO daripada menamatkan bekalan elektrik ke loji Cahya Mata Phosphates di Samalaju Park, Sarawak.

“Walaupun prosiding undang-undang sedang berjalan, SESCO tetap menganggap bahawa PPA akan ditamatkan berkuat kuasa 11 Mei 2023 dengan dakwaan wujud pelanggaran oleh Cahya Mata Phosphates.

“Cahya Mata Phosphates menegaskan PPA masih wujud antara kedua-dua pihak, justeru prosiding injunksi di atas di Mahkamah Tinggi Kuching untuk mendapatkan perintah bagi mengekalkan status quo sebagai prestasi PPA,” katanya.

Malah, Cahya Mata Phoshates berkata, ia diakui oleh semua pihak bahawa timbang tara utama sedang berjalan dan kedua-dua pihak sudah melantik penimbang tara masing-masing serta kini, sedang menunggu pelantikan penimbang tara ketiga oleh AIAC.

“Sementara itu, Cahya Mata Phosphates komited untuk mengurangkan sebarang kesan buruk dan memastikan kestabilan kewangan serta kesinambungan perniagaannya tidak terjejas.

“Kami mengharapkan penyelesaian segera dan adil bagi perkara itu. Kami akan terus memberikan perkembangan terkini berhubung kes ini,” katanya. – Getaran, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas

Sukan 6 jam yang lalu

Tze Yong, Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Terbuka Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Vaksin Pneumokokal Diperluas Kepada Kanak-Kanak 4, 5 Tahun

Semasa 4 jam yang lalu

1 Maut, 2 Cedera Ringan Akibat Dipanah Petir Ketika Memikat Burung