web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pemilik Syarikat Direman Kemuka Tuntutan Palsu PENJANA RM550,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 8:49PM

Borang membabitkan tuntutan berjumlah RM550,000 itu dikemukakan bagi mendapatkan peruntukan di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua individu yang juga pemilik dua syarikat berbeza di Kota Kinabalu, Sabah, ditahan dan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan borang pengesahan pekerja palsu mengandungi senarai nama kakitangan yang tidak wujud bagi tuntutan nilai tertentu.

Menurut sumber, borang membabitkan tuntutan berjumlah RM550,000 itu dikemukakan bagi mendapatkan peruntukan di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Katanya, suspek lelaki yang juga pemilik syarikat berusia lingkungan 30 tahun, mengemukakan tuntutan palsu lebih RM400,000 pada tahun 2020 hingga 2022.

“Sementara suspek wanita berusia lingkungan 50 tahun, iaitu pemilik syarikat berkaitan pengangkutan itu pula, mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM150,000 pada tahun 2020 hingga 2023,” katanya seperti dilaporkan BH.

Justeru penahanan itu, katanya, kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret 3, Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Majistret Stephanie Sherron Abbie kemudian, membenarkan mereka direman lima hari bermula esok sehingga 21 Mei ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seramai 47 pengarah syarikat ditahan SPRM berhubung tuntutan palsu berkaitan program PENJANA.

Kesemua 14 wanita dan 33 lelaki berusia antara 30 hingga 70 tahun itu ditahan dalam Op Hire 2.0 di seluruh negara sejak petang semalam kerana mengemukakan tuntutan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kononnya mengendalikan program PENJANA, tetapi ia tidak dilaksanakan.

Jumlah tuntutan yang terbabit setakat ini adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta.

Kesemua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Katanya, SPRM mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu serius, dengan ratusan syarikat lain dikenal pasti turut membuat tuntutan palsu.

Ops Hire 2.0 ialah operasi bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu yang dibuat pengarah syarikat menerusi program insentif PENJANA.

Ia adalah lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 lalu di seluruh negara dengan kerjasama PERKESO dan SPRM. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam